Skip to content

Seksyen 82

Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 147 of 190
Seksyen 82
(1)

Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma, sesuatu pertubuhan, sesuatu persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau seseorang pekongsi syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu atau telah berupa sebagai bertindak atas sifat itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandang kepada jenis tugasnya atas sifat itu dan kepada semua hal keadaan itu.

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Eksais 137

(2)

Jika mana-mana orang patut dikenakan di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sesuatu hukuman, penalti atau lucut hak bagi sesuatu perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran, ia boleh dikenakan hukuman, penalti atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran seseorang kerani, penjawat atau ejen, atau kerani atau penjawat ejen itu, dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran itu telah dilakukan oleh kerani atau penjawat itu pada masa menjalankan pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh kerani atau penjawat ejen itu apabila bertindak pada masa menjalankan pekerjaannya dalam hal keadaan yang jika sekiranya perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran itu dilakukan oleh ejen itu prinsipalnya akan tetap bertanggungan di bawah seksyen ini.

Duti eksais, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.