Seksyen 4
Kehendak bagi mendapatkan lesen
of Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992
Tiada seorang pun boleh mengadakan hiburan di mana-mana tempat hiburan melainkan Dato Bandar telah memberi—
(a)
suatu lesen berkenaan dengan hiburan tersebut; dan
(b)
suatu lesen untuk membuka tempat hiburan tersebut.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, jika hiburan disediakan di mana-mana tempat hiburan—
(a)
pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penduduk atau pengurus, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatu tempat hiburan; atau
(b)
sekiranya orang yang disebut dalam perenggan (a) tiada, mana-mana orang yang didapati menjaga dan menguruskan tempat hiburan itu, hendaklah disifatkan telah menyediakan hiburan itu.
Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 9