Seksyen 14
Sekatan ke atas penjualan tiket tanpa kebenaran
of Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992
(1)
Tiada seorang pun boleh menjual, atau menawarkan untuk mempamerkan atau ada dalam miliknya untuk dijual, atau memujuk rayu supaya dibeli, apa-apa tiket yang membenarkan atau berupa sebagai membenarkan kemasukan ke mana-mana tempat hiburan di mana-mana jalan lalu awam, atau di ruang masuk atau jalan masuk ke mana-mana tempat itu, kecuali di pejabat penjualan tiket, warung, lawang putar atau kaunter yang ditetapkan oleh tuan punya atau pengurus tempat itu atau oleh pengelola hiburan yang diadakan di dalamnya.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Larangan mengenai penjualan minuman keras yang memabukkan kepada orang yang berumur di bawah dua puluh satu