Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

13. Section 13

Feedback & support

(1)

Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang—

(a)

memberikan, membahagi-bahagikan, menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa tiket untuk menghadiri, atau mengundang mana-mana orang menghadiri, mana-mana hiburan atau menyebabkan apa-apa pemberian, pembahagian, penjualan, penawaran atau undangan sedemikian dibuat; atau

(b)

dengan apa-apa cara jua pun mengiklankan atau menyerantakan atau menyebabkan diiklankan atau diserantakan apa-apa hiburan yang hendak dipersembahkan di sesuatu tempat hiburan, melainkan jika suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen 4

berkenaan dengan hiburan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report