Skip to content

Seksyen 19

Kuasa penangkapan

of Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992

ActIn forceProvision 21 of 34
Seksyen 19

(1)

Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran—

(a)

mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; atau

(b)

mana-mana orang yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau jika ada sebab untuk meragui ketepatan nama dan alamat yang diberikannya.

(2)

Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah dibawa ke hadapan mahkamah dalam masa dua puluh empat jam kecuali, berkenaan dengan seseorang yang ditangkap di bawah perenggan (1)(b), jika

Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 17

nama dan alamatnya dipastikan sebelum itu dan sesudah itu dia hendaklah dibebaskan atas jaminan.