Skip to content

Seksyen 10

Jaminan

of Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992

ActIn forceProvision 11 of 34
Seksyen 10
(1)

Dato Bandar boleh menghendaki mana-mana orang yang kepadanya lesen telah diberikan memberikan jaminan dalam bentuk yang ditentukan olehnya untuk memastikan bahawa syarat atau sekatan lesen itu dan peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya adalah dipatuhi dengan sewajarnya.

(2)

Dato Bandar boleh, selepas memberi orang itu hak untuk didengar, melucuthakkan kesemua atau sebahagian daripada jaminan itu jika dia berpuas hati bahawa terdapat apa-apa pelanggaran syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang mana-mana orang daripada dikenakan pendakwaan.

(3)

Dato Bandar hendaklah membayar masuk semua jaminan yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan.