11. Pembatalan lesen
Feedback & supportDato Bandar boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu lesen atau lesen untuk membuka tempat hiburan atau kedua-duanya jika telah berlaku pelanggaran syarat atau sekatan lesen atau lesen atau pelanggaran mana-mana
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
Penyampaian sesuatu notis pembatalan sesuatu lesen hendaklah dibuat dengan—
menampalkan suatu salinan notis itu di tempat hiburan;
menyampaikan suatu salinan notis itu kepada orang yang didapati menjaga dan menguruskan tempat hiburan itu; dan
menyampaikan suatu salinan notis kepada pemegang lesen itu sendiri jika sekiranya pemegang lesen dan orang yang disebutkan dalam perenggan (b) bukan orang yang sama.