Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

23. Mahkamah hendaklah memerintahkan pelepasan atau pelucuthakan benda yang disita

Feedback & support
(1)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan apa-apa benda yang disita hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan tetapi mahkamah itu hendaklah memerintahkan pelucuthakan jika dibuktikan sehingga ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Semua benda yang dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Dato Bandar atau polis mengikut mana-mana yang berkenaan dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Dato Bandar atau polis.

Benda yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan disifatkan telah terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan

Report