Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

21. Kuasa menyita

Feedback & support
(1)

Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang diberi kuasa yang menjalankan kuasa masuk dan menyiasat di bawah seksyen 16

boleh menyita apa-apa dokumen atau benda yang semunasabahnya dipercayai olehnya mempunyai kaitan dengan kes itu atau memberikan keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh kuasa seorang pegawai polis di bawah

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 493

(2)

Dato Bandar, pegawai polis atau orang yang diberi kuasa yang menyita apa-apa dokumen atau benda di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyediakan suatu senarai dokumen dan benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penduduk atau pemunya tempat hiburan atau pekhidmat atau ejennya yang berada di tempat itu.

Report