Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 1
10. Pematuhan syarat lesen individu
Feedback & support(1)
Pemegang lesen individu hendaklah mematuhi—
(a)
syarat standard yang ditetapkan bagi lesen individu itu;
dan
(b)
apa-apa syarat khas yang dikenakan oleh Menteri ke atas lesen individu itu.
(2)
Pemegang lesen individu yang tidak mematuhi apa-apa syarat lesen individu di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.