Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 1
12. Pemindahmilikan lesen individu
Feedback & support(1)
Pemberian suatu lesen individu di bawah seksyen 9
hendaklah bersifat peribadi bagi pemegang lesen individu dan lesen individu itu tidak boleh diserahhakkan, disublesenkan atau dipindahmilikkan kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu daripada Menteri.
(2)
Pemegang lesen individu yang menyerahhakkan, mensublesenkan atau memindahmilikkan lesen individunya kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan bertulis terdahulu daripada
Menteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.