Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 1
16. Penyerahan balik lesen individu
Feedback & support(1)
Pemegang lesen individu boleh menyerahkan balik lesen individunya dengan menghantar lesen itu kepada Suruhanjaya dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesen itu.
(2)
Penyerahan balik lesen individu itu hendaklah berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Suruhanjaya menerima lesen itu dan notis bertulis di bawah subseksyen (1) atau pada apa-apa tarikh lain yang dinyatakan oleh Menteri.
(3)
Penyerahan balik lesen individu di bawah subseksyen
(1)
adalah tidak boleh batal melainkan jika Menteri melalui notis bertulis kepada pemegang lesen individu itu membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen individu itu.