Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan

115. Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah seksyen 113

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan 113(1)(C)(ii), perenggan 113(1)(D) atau subseksyen 113(4) hendaklah dilantik selama apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang tidak melebihi, dalam apa-apa hal, dua tahun, tetapi boleh dilantik semula selama tiga tempoh berturut-turut yang lanjut yang tidak melebihi satu tahun bagi setiap tempoh.

Undang-Undang Malaysia 96

(2)

Terma dan syarat sesuatu pelantikan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat, ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah mengikat pemegang lesen.

(3)

Pelantikan seorang pengarah atau pengarah-pengarah di bawah subperenggan 113(1)(C)(ii) tidak menjejaskan apa-apa peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan pemegang lesen itu untuk menambah bilangan pengarah jika bilangan maksimum pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen konstituen itu belum lagi dicapai atau dilebihi dengan pelantikan atau pelantikan-pelantikan di bawah subperenggan 113(1)(C)(ii).

(4)

Seseorang yang memegang apa-apa pelantikan yang disebut di bawah subseksyen (1) tidaklah dikenakan apa-apa obligasi atau tanggungan semata-mata oleh sebab dia memegang pelantikan sedemikian.

Report

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules