Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan
118. Kesan menghalang atau menggalang Suruhanjaya atau orang yang dilantik
Feedback & support(1)
Jika kawalan ke atas pemegang lesen telah diambil alih oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 113(4) atau seksyen 114, tiada seorang pun boleh menghalang atau menggalang penjalanan mana-mana tugas, hak atau kuasa oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.