Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan

116. Peruntukan berhubung dengan penyingkiran daripada jawatan di bawah seksyen 113

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai atau pengarah pemegang lesen yang telah disingkirkan dari jawatannya di bawah perenggan 113(1)(B)

atau subperenggan 113(1)(C)(i), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah berhenti memegang jawatan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan tidaklah boleh selepas tarikh itu memegang apa-apa jawatan lain dalam pemegang lesen itu atau, mengikut apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kaitan dengan, mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam, mana-mana aktiviti, hal ehwal atau perniagaan pemegang lesen itu atau yang berhubungan dengan pemegang lesen itu.

(2)

Penyingkiran seseorang pegawai atau pengarah di bawah perenggan 113(1)(B) atau subperenggan 113(1)(C)(i) hendaklah sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian lain, sama ada nyata atau tersirat, sama ada secara individu atau kolektif, dan sama ada dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak, dan seseorang yang disingkirkan daripada jawatan sedemikian tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan itu.

Industri Perkhidmatan Air 97

Report

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules