Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian VI · Kadar, Caj dan Deposit

86. Kadar dan caj ditetapkan boleh dikutip dan dipegang simpan oleh pemegang lesen

Feedback & support
(1)

Pemegang lesen boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan berkenaan dengan pembekalan air atau penyediaan perkhidmatan pembetungan ke mana-mana premis pengguna.

(2)

Pemegang lesen pengagihan air hendaklah dibenarkan menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk dan bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan, jika diberi kuasa sedemikian oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu.

(3)

Pemegang lesen pengagihan air yang menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk atau bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah subseksyen (2) adalah berhak untuk menjalankan semua hak dan remedi di bawah seksyen 88 dan 89 berkenaan dengan kegagalan membayar perkhidmatan pembetungan.

(4)

Suatu salinan pemberikuasaan yang diberikan oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan hendaklah diberikan oleh pemegang lesen pengagihan air itu kepada

Undang-Undang Malaysia 74

pelanggan yang berkenaan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu sebelum menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj yang berkenaan.

Report

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemindahmilikan Perniagaan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules