Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VI · Kadar, Caj dan Deposit
87. Kuasa untuk menghendaki deposit
Feedback & supportPemegang lesen perkhidmatan boleh, tertakluk kepada mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, menghendaki mana-mana orang yang meminta apa-apa pembekalan air atau perkhidmatan pembetungan untuk mendepositkan dengan pemegang lesen itu apa-apa amaun wang yang ditetapkan sebelum air atau perkhidmatan pembetungan boleh dibekalkan ke mana-mana premis.
Deposit itu, apabila dibuat, tidaklah mempunyai bunga apabila dibayar balik dan tidak melepaskan pendeposit atau pengguna daripada tanggungan untuk menjelaskan apa-apa bil bagi pembekalan air atau perkhidmatan pembetungan yang disediakan untuknya oleh pemegang lesen.
Jika bekalan air dipotong oleh pemegang lesen perkhidmatan disebabkan oleh kegagalan pendeposit atau pengguna untuk menjelaskan apa-apa bil di bawah seksyen 89, amaun yang dinyatakan dalam bil itu dari tarikh pengebilan sedemikian sehinggalah tarikh apabila bekalan air itu dipotong bolehlah diambil daripada deposit itu.