Skip to content

Seksyen 90

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 90 of 194

Seksyen 90

Pemegang lesen pengagihan air yang juga dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah Akta ini adalah berhak untuk menjalankan semua hak dan remedinya di bawah Bahagian ini tanpa mengira —

(a)

sama ada pemegang lesen pengagihan air itu mempunyai perjanjian dengan pengguna bagi pembekalan air atau penyediaan perkhidmatan pembetungan; atau

(b)

terma mana-mana perjanjian yang sedia ada dengan pengguna bagi pembekalan air atau penyediaan perkhidmatan pembetungan.