Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XVII · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
97. Penukaran perakuan pendaftaran sementara
Feedback & support(1)
Perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan kepada suatu institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta Pendidikan 1996, hendaklah ditukarkan menjadi dan disifatkan menjadi suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Sebagai tambahan kepada syarat yang boleh dikenakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah juga mematuhi apa-apa syarat lain yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar, dari semasa ke semasa.