Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2019Read it in English

Bahagian XVII · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

98. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui kaedah-kaedah, membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesukaran yang ditimbulkan oleh pemakaian

Akta ini bagi institusi pendidikan tinggi swasta—

(a)

yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu

(Yayasan Pengajian Tinggi) 1969;

(b)

yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996; dan 98 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(c)

yang kepadanya perakuan pendaftaran sementara telah dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawah

Akta Pendidikan 1996.

(2)

Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk kuasa untuk membuat apa-apa ubah suaian bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Report