Seksyen 99
Peruntukan peralihan berhubungan dengan guru
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Seseorang yang, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, sedang bekerja dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta sebagai guru sama ada secara sepenuh masa atau sambilan—
(a)
yang berdaftar sebagai guru atau disifatkan telah berdaftar sebagai guru di bawah Akta Pendidikan 1996 hendaklah, dalam masa satu bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya
Akta ini; atau
(b)
yang telah dikeluarkan kepadanya atau disifatkan telah dikeluarkan kepadanya permit mengajar di bawah Akta
Pendidikan 1996 hendaklah—
(i)
dalam masa satu bulan sebelum permit itu habis tempoh; atau
(ii)
dalam masa satu bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini,