Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian III · Parit

50. Pihak berkuasa tempatan hendaklah membina dan menyenggara parit dan alur air

(1)

Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya dibuat dan dibina dan disenggara parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air dan jika perlu pihak berkuasa tempatan

Jalan, Parit dan Bangunan 73

boleh meminta Pihak Berkuasa Negeri mengambil sesuatu harta mengikut mana-mana undang-undang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah yang pada masa itu berkuat kuasa dalam

Negeri di mana harta itu terletak atau boleh meneruskan melalui, melintasi atau di bawah mana-mana jalan atau mana-mana tempat yang disusun atur sebagai atau dicadangkan untuk sesuatu jalan atau mana-mana cellar atau vault yang ada di bawah mana-mana jalan dan, selepas memberi notis yang munasabah secara bertulis bagi maksud itu meneruskan dalam, melalui atau di bawah mana-mana tanah yang terkepung atau apa-apa jua tanah yang lain, dengan melakukan kerosakan seberapa sedikit yang boleh dan memberi pampasan penuh bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa pampasan boleh dibayar bagi apa-apa kerugian perniagaan disebabkan oleh apa-apa kerja yang dilakukan di bawah seksyen ini.

(2)

Jika timbul sesuatu pertikaian berkenaan dengan amaun atau pembahagian pampasan itu, pertikaian itu hendaklah diselesaikan mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), berkenaan dengan Wilayah

Persekutuan, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan Persekutuan.

Report

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules