Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian III · Parit
52. Larangan terhadap bangunan melainkan jika peruntukan dibuat untuk parit, dsb., dan pematuhan notis atau perintah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh mendirikan di atas mana-mana premis apa-apa bangunan, membina semula apa-apa bangunan yang telah diruntuhkan hingga tingkat tanah atau bawah tingkat tanah atau menduduki apa-apa bangunan yang baharu dibina atau baharu dibina semula sedemikian melainkan jika parit air permukaan atau parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air daripada apa-apa penentuan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, diadakan atas premis itu untuk mengalirkan air lain daripada kumbahan.
Jika didapati oleh pihak berkuasa tempatan bahawa sesuatu kumpulan atau blok premis, sama ada bersambung, bersampingan, berasingan atau berkembar sepatutnya disalirkan bersama-sama, pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan supaya air lain daripada kumbahan daripada kumpulan atau blok premis itu dialirkan dengan suatu kendalian bersama.
Jika didapati oleh pihak berkuasa tempatan bahawa mana-mana parit, pembetung, salur dan alur air itu memerlukan perubahan, pembesaran, pembaikan, atau pembersihan, ia boleh dengan notis yang disampaikan kepada pemunya atau pemunya-pemunya premis itu menghendakinya atau mereka menjalankan kerja itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau yang tidak mematuhi kehendak mana-mana notis atau perintah boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan juga boleh
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiaptiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Jika mana-mana orang yang dikehendaki di bawah subseksyen di atas tidak mengadakan parit, salur, pembetung atau alur air atau tidak mematuhi mana-mana notis atau perintah di bawah seksyen ini, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki premisnya dan melaksanakan kerja itu dan kos dan belanja bagi kerja itu boleh dituntut oleh pihak berkuasa tempatan sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini.
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII