Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian III · Parit

53. Pihak berkuasa tempatan hendaklah membaiki dan mengubah dan boleh meninggalkan parit air permukaan dan parit hujan lebat, dsb

(1)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah menyenggara dan memelihara, dan sebagaimana yang difikirkannya patut, membesarkan, mengubah, mengadakan lengkung di atas atau dengan cara lain memperelokkan semua atau mana-mana parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan dan boleh meninggalkan, menutup atau membinasakan mana-mana daripadanya yang difikirkannya tidak berguna atau tidak perlu:

Dengan syarat bahawa sebelum memasuki mana-mana harta persendirian bagi maksud menjalankan apa-apa kerja di bawah subseksyen ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis yang munasabah secara bertulis bagi maksud itu, dan hendaklah pada menjalankan kerja itu melakukan kerosakan seberapa sedikit yang boleh dan hendaklah memberi pampasan penuh bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan.

Tidak boleh menyebabkan kacau ganggu

(2)

Peninggalan, penutupan atau pembinasaan mana-mana daripadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang tidak mewujudkan kacau ganggu.

Jalan, Parit dan Bangunan 77

(3)

Jika oleh sebab yang demikian itu atau oleh sebab apa-apa pengubahan yang disebutkan dahulu daripada ini seseorang tidak berpeluang lagi menggunakan mana-mana parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur atau alur air sebagaimana dia berhak di sisi undang-undang, pihak berkuasa tempatan hendaklah dengan usaha yang sepatutnya mengadakan sesuatu yang lain yang sama kesannya dengan yang orang itu tidak berpeluang lagi menggunakan sebagaimana dia berhak di sisi undang-undang.

Report

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules