Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian III · Parit
59. Pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki tempat buang air kecil dipindahkan atau diubah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu tempat buang air kecil atau kemudahan kebersihan yang lain yang membuka ke atas mana-mana jalan adalah ditempatkan atau dibina dengan sebegitu cara hingga menjadi suatu kacau ganggu atau tidak baik kepada kesopanan awam, pihak berkuasa tempatan boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya itu
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
supaya memindah atau mengubahnya dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Tempat buang air kecil atau jamban pam hendaklah dipasang ke rumah tempat makan-minum, dsb.
Jika mana-mana rumah awam, rumah makan, bilik makan minum, panggung, panggung wayang, tempat pameran atau tempat hiburan awam tidak ada sesuatu tempat buang air kecil atau jamban pam ataupun ada tempat buang air kecil atau jamban pam kepunyaannya atau dipasang padanya tetapi tidak mencukupi, pihak berkuasa tempatan boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya premis itu supaya mengadakan dan menyenggara di situ satu atau lebih tempat buang air kecil atau jamban pam yang sesuai di suatu tempat yang sesuai.
Mana-mana orang pemunya yang tidak mematuhi sesuatu notis di bawah seksyen ini dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya boleh apabila disabitkan bagi tiap-tiap satu kesalahan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII