Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian III · Parit

54. Membersih dan mengosongkan parit air permukaan dan parit hujan lebat, dsb

(1)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah mengarahkan supaya parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan dibina, disenggara dan dijaga supaya tidak menjadi suatu kacau ganggu atau bencana kepada kesihatan dan diterangkan, dibersihkan dan dikosongkan dengan sempurna dan, bagi maksud menyembur, mencuci, dan mengosongkannya pihak berkuasa tempatan boleh membina dan menempatkan sama ada di atas atau di dalam tanah, apa-apa kolam air, salur, enjin dan kerja lain yang perlu:

Dengan syarat bahawa sebelum memasuki mana-mana harta persendirian bagi maksud menjalankan apa-apa kerja di bawah subseksyen ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis yang munasabah secara bertulis bagi maksud itu, dan hendaklah pada menjalankan kerja itu melakukan kerosakan seberapa sedikit yang boleh dan hendaklah memberi pampasan yang penuh bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan.

(2)

Pihak berkuasa tempatan boleh, dengan izin Pihak Berkuasa

Negeri, mengarahkan supaya semua atau mana-mana parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air dihubungkan dengan dan disalirkan ke dalam laut atau tempat lain yang sesuai, atau boleh mengarahkan supaya sampah daripadanya itu dihanyutkan melalui suatu saluran yang sepatutnya ke tempat yang paling sesuai untuknya berlonggok, dan boleh menjual atau dengan cara lain melupuskan sampah itu bagi apa-apa maksud pertanian atau

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

maksud lain yang difikirkan patut supaya ia tidak menjadi suatu kacau ganggu.

Report

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules