Skip to content

Seksyen 5

of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

ActRepealedProvision 5 of 42

Seksyen 5

(1)

Seseorang Pengarah boleh bagi maksud melaksanakan apa-apa kewajipannya atau menjalankan apa-apa tugasnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau selainnya bagi apa-apa maksud Akta ini atau mana-mana peraturan untuk memasuki—

(a)

pada bila-bila masa yang munasabah manamana tanah, rumah atau bangunan dengan atau tanpa bekalan tenaga untuk memeriksa dan meneliti mana-mana bahagian sesuatu pepasangan atau kelengkapan, atau kerana apaapa sebab patut yang lain;

(b)

mana-mana tanah, rumah atau bangunan jika dia mengesyaki dengan munasabah bahawa sesuatu kesalahan sedang dilakukan di bawah Akta ini dan boleh menyita atau melak manamana barang atau benda atau pepasangan atau bahagiannya, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Seseorang Pengarah hendaklah membawa pada setiap masa kad kenal diri atau lencana rasmi dalam apajua bentuk yang ditetapkan dan tiada seorang pun diwajib membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya seorang Pengarah memasuki tanah, rumah atau bangunannya kecuali dengan mengemukakan kad kenal diri atau lencana tersebut.

(a)

bersengaja melambat-lambatkan;