Seksyen 18
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
ActRepealedProvision 18 of 42
Seksyen 18
Apabila apa-apa kelengkapan elektrik kepunyaan pemegang lesen yang telah ditempatkan dalam atau atas premis yang bukan kepunyaan atau tidak diduduki oleh pemegang lesen bagi maksud membekal atau mengukur tenaga maka kelengkapan itu tidak boleh dikenakan distres dan juga tidak boleh ditahan sebagai menunaikan apa-apa proses mahkamah atau apa-apa prosiding kebankrapan atau ketaksolvenan terhadap mana-mana orang.