Skip to content

Seksyen 19

of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

ActRepealedProvision 19 of 42

Seksyen 19

(1)

Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baharu, lain daripada pepasangan kepunyaan sesuatu pihak berkuasa bekalan, pemunya pepasangan itu hendaklah mengemukakan, dalam dua salinan, kepada Pengarah, permohonan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan. Pengarah hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memenuhi kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebab dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam borang yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa pada bila-bila masa dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini hingga suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta maka adalah sah bagi Pengarah menurut budi bicaranya tanpa menyebab dijalankan apa-apa pemeriksaan atau ujian mengeluarkan suatu Perakuan Pendaftaran sementara berkenaan dengan pepasangan itu yang hendaklah sah selama tempoh, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat, yang diendorskan padanya dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Perakuan Pendaftaran hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan sebagai terliput sebutan mengenai Perakuan Pendaftaran sementara. Apa-apa Perakuan Pendaftaran sementara seperti itu hendaklah disifatkan telah berkuatkuasa dari tarikh yang diendorskan oleh Pengarah pada Perakuan itu pada masa pengeluarannya. Manamana Perakuan sementara itu boleh ditarik balik atau punyaan im atau liduduki al atau k boleh sebagai apa-apa erhadap baharu, u pihak endaklah engarah, ditetap-eriksaan tetapkan

Akta ini, eluarkan tapkan:

asa dari ga suatu pemberiPengarah ijalankan an suatu dengan tempoh, rat, yang am Akta, melainang lain, Perakuan ndaftaran elah berPengarah a. Mana-alik atau dibatalkan oleh Pengarah pada bila-bila masa menurut budi bicaranya.

(2)

Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan pepasangan, melainkan jika pepasangan itu didaftarkan mengikut suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.

(3)

Perakuan Pendaftaran hendaklah diserahkan balik oleh pemunya atau pemegang lesen kepada Pengarah untuk pembatalan jika pepasangan itu tidak lagi hendak digunakan. Selepas dari itu, jika pemunya atau pemegang lesen hendak mengendalikan pepasangan itu semula, pepasangan tersebut hendaklah dalam segala hal dianggap seolah-olah ianya suatu pepasangan baharu.

(4)

Sesuatu Perakuan Pendaftaran boleh dibatalkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38.

(5)

Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran Ketua Pengarah.