Skip to content

Seksyen 20

of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

ActRepealedProvision 20 of 42

Seksyen 20

(1)

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberi di bawah Akta ini, mana-mana orang yang bercadang hendak membina, memperbesar atau mengubah sesuatu pepasangan hendaklah memberi notis tentang pembinaan, pembesaran atau pengubahan yang dicadangkan itu kepada Pengarah. Orang tersebut atau orang yang diberikuasa olehnya hendaklah mengemukakan pelan dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengarah yang boleh memeriksa secara berkala pepasangan itu.

(2)

Selain dari pemeriksaan berkala dalam masa pembinaan, pembesaran atau pengubahan dan pemeriksaan terakhir apabila siap, semua pepasangan, semasa dalam pengendalian, hendaklah tertakluk kepada apa-apa pemeriksaan berkala yang ditetapkan.

(3)

Pihak pengurusan atau orang-orang yang menjaga sesuatu pepasangan atau pembinaan, pembesaran atau pengubahan kepada mana-mana pepasangan hendaklah memberi segala kemudahan untuk menjalankan pemeriksaan dalam masa waktu bekerja.

26