Skip to content

Seksyen 21

of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

ActRepealedProvision 21 of 42

Seksyen 21

(1)

Tiada apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik lain daripada yang dipunyai atau diurus oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau dikendalikan kecuali mengikut atau di bawah kawalan orang-orang yang mempunyai apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan yang ditetapkan dan tiada seorang pun yang tidak mempunyai kelayakan itu atau memegang perakuan seperti tersebut di atas tadi boleh menjaga mana-mana pepasangan atau mengawal pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

KAWALAN KOMPETEN

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan, jika pelanggaran itu berterusan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama mana pelanggaran itu berterusan selepas sabitan.

MEMBERITAHU TENTANG KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN