Skip to content
ActRepealed

Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

Repealed by Akta Bekalan Elektrik 1990.

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1983
Sections
43
Languages
MS · EN

Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 is Malaysia Act, cited as Act 277 1983, currently marked repealed and first recorded in 1983.

Front matterCover and publication detailsOpen

Act 1969 is to carry on e definition Act 1973 oric Banking

Repealed by Act 441

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 277

Tarikh Persetujuan Diraja ... 9hb Mac 1983

Tarikh diterbitkan dalam Warta ... 10hb Mac 1983

Mac 1983

Akta 277

Bahagian I

PERMULAAN

Bahagian II

PENUBUHAN

Bahagian III

FUNGSI, KEWAJIPAN DAN KUASA JEMAAH PEMERIKSA

Bahagian IV

PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR

[Susunan Seksyen]

4

Seksyen

Bahagian V

KAWALAN KOMPETEN

Bahagian VI

MEMBERITAHU TENTANG KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN

Bahagian VII

SIASATAN DAN TIMBANGTARA

Bahagian VIII

KESALAHAN DAN PENALTI

Bahagian IX

Bahagian X

KUASA MEMBUAT PERATURAN

Bahagian XI

Repealed by Act 441

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 277

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik mengenai perkara-perkara berhubungan dengan keselamatan orang dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. [ 11th. January, 1984 keewala Saritwale MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

PERMULAAN

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983.

(2)

Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia; bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung kuatkuasa seluruh atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"bahaya" ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa manusia atau anggota badan dari renjatan, lecuran, atau lain-lain bencana dan meliputi bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan akibat dari penjanaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga;

"cedera" dan "cedera parah" masing-masing mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Keseksaan;

"dengan curang" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Keseksaan;

"ditebat" ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan tebatan;

"ditetapkan", melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38;

"elektrisk"

"hidup", yang dipakai bagi sesuatu sistem atau manamana bahagian daripada sesuatu sistem, ertinya voltan wujud antara sesuatu konduktor dengan bumi atau antara konduktor dengan konduktor dalam sistem itu;

"janakuasa" ertinya mesin berputar dari apajua jenis untuk menukar tenaga sawat kepada tenaga elektrik;

"kawasan bekalan" ertinya kawasan dalam mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana dan/atau membekalkan tenaga;

"kelengkapan" meliputi apa-apa butiran seperti mesin, transformer, radas, instrumen penyukat, alat pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas bagi maksud-maksud penjanaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik;

"keselamatan awam" ertinya pengelakan dari tertimpa bahaya kepada orang awam am, harta awam dan lebuh landasan keretapi, lapangan terbang, port, terusan limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, kerja gas dan apurtenannya serta talian telegraf, telefon dan lain-lain talian semboyan elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau manamana Kerajaan Negeri;

“keselamatan diri” ertinya pengelakan dari tertimpa bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik yang dilantik di bawah Akta ini;

"konduktor" ertinya konduktor elektrik yang diatur sedemikian dan disambungkan dengan elektrik kepada sesuatu sistem;

"lampu awam" ertinya lampu elektrik yang diguna bagi menerangi sesuatu lebuh atau lain-lain tempat awam;

seperti kat, alat perkakas n, peng elektrik;

ing diatur ik kepada h Jemaah kta ini;

dari terwam dan t, terusan n, kerja lefon dan nyai atau au mana-tertimpa sendirian;

"lebuh" meliputi apa-apa laluan, jalan, lorong, jalan kecil, medan, halaman, lorong kecil, jalan lalu atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam mempunyai hak lalu-lalang dan juga jalan-raya dan jalan kaki di atas mana-mana jambatan awam;

"lesen" ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang membenarkan pemegang lesen mengendali atau mengerjakan sesuatu pepasangan dan meliputi apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa sebelum pengisytiharan Akta ini;

"mati", yang dipakai bagi apa-apa sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem, ertinya sistem itu tidak hidup;

"motor" ertinya motor dari apa jua jenis bagi mengubah bentuk tenaga elektrik kepada tenaga sawat;

"orang berkuasa" ertinya seseorang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya sesuatu pepasangan, atau oleh kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas-tugas tertentu yang bersampingan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga: dengan syarat bahawa orang tersebut mempunyai kelayakan yang ditetapkan bagi orang-orang yang menjalankan tugas-tugas itu atau, jika tiada kelayakan ditetapkan, berkompetenan menjalankan tugas yang dia digaji bagi maksudnya itu, beban membuktikan kekompetenan itu adalah terletak pada majikan;

"orang kompeten" ertinya seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan kerja mengikut sekatan-sekatan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;

"pemegang lesen" ertinya seseorang yang dibenarkan menurut syarat-syarat lesen untuk mengerja atau mengendalikan sesuatu pepasangan dan meliputi ejen berkuasa;

"Pemungut Hasil Tanah" mempunyai erti yang diberi kepada "Pemungut" menurut seksyen 5 Kanun Tanah Negara dan seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah, dan bagi Negeri Sarawak, Pengarah Tanah dan Ukur menurut seksyen 2 Ordinan Tanah Sarawak;

"Pengarah" ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 dan meliputi Ketua Pengarah;

"penggerak utama" ertinya mesin yang membekalkan tenaga sawat ke janakuasa;

"pengguna" ertinya seseorang yang dibekalkan tenaga atau yang di premisnya ada pada masa itu dibuat sambungan bagi maksud dibekalkan tenaga oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;

"pengubahan bentuk" ertinya pengubahan bentuk voltan dari voltan yang rendah kepada voltan yang tinggi atau sebaliknya;

"penukaran" ertinya penukaran arus ulangalik ke arus terus atau sebaliknya dengan cara statik atau dinamik;

"pepasangan" ertinya seluruh loji atau kelengkapan yang berada di bawah satu keempunyaan atau, jika pihak pengurusan ada ditetapkan, yang dijagai oleh pihak pengurusan yang sama, bertujuan membekal atau mengguna tenaga atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, meliputi penggerak utama, jika ada, berserta semua loji, bangunan dan tanah yang diperlukan berkaitan dengannya itu, talian paip, talian bekalan dan radas pengguna, jika ada;

"pepasangan awam" ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi maksud pembekalan tenaga kepada mana-mana orang lain daripada pemegang lesen; dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh mengguna tenaga bagi maksudnya sendiri jika penggunaannya itu sejajar dengan terma-terma lesen itu;

"pepasangan persendirian" ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi maksud membekal tenaga ke harta atau premis pemegang lesen atau pemunya itu sendiri dan menggunakannya di tempat itu atau, dalam hal pengguna yang mengambil tenaga dari pepasangan awam, untuk kegunaan hanya di tempat harta atau premis pemegang lesen atau pemunya itu sahaja;

"pihak berkuasa bekalan" ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk menjana dan/atau membekalkan tenaga;

dilantik rah;

ekalkan bentuk an yang galik ke tik atau ekalkan u dibuat eh pihak engkapan tau, jika gai oleh ekal atau ut mana jika ada, yang dip, talian ng diken nbekalan da peme ng lesen ndiri jika ma lesen igan yang nunya se-ke harta tu sendiri lalam hal epasangan arta atau haja;

ana pihak kta Parli ntuk men-

"pihak pengurusan" ertinya orang yang pada masa itu ditugaskan menjaga sesuatu pepasangan;

"sesalur" ertinya talian bekalan yang menerusinya tenaga dibekalkan atau boleh dibekalkan, sama ada talian itu sedang diguna atau tidak;

"sistem" ertinya suatu sistem elektrik dalam mana semua konduktor dan kelengkapan adalah disambungkan secara elektrik atau magnet;

"stesen janakuasa" ertinya mana-mana stesen untuk menjanakan tenaga, meliputi apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu serta tapakbinanya dan meliputi tapakbina yang dicadang hendak digunakan bagi mendirikan stesen janakuasa, tetapi tidak meliputi mana-mana stesen untuk mengubah bentuk, menukar atau mengagihkan tenaga;

"talian aerial" ertinya talian bekalan elektrik yang terletak di atas paras tanah dan di tempat terbuka, dan meliputi talian khidmat;

"talian bekalan" ertinya konduktor atau konduktor konduktor atau alat-alat lain yang menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga berserta dengan apaapa kelongsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat, atau tiang yang menyarungi, mengelilingi atau menupanginya atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang berkaitan dengannya bagi maksud mengubah bentuk, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;

"talian bekalan utama" ertinya apa-apa talian bekalan voltan tinggi atau voltan lebih tinggi untuk menghantar tenaga dari stesen janakuasa ke satu stesen janakuasa yang lain atau ke satu sub-stesen dan meliputi mana-mana bangunan atau bahagian sesuatu bangunan yang diguna berkaitan dengan talian bekalan itu;

"tanah rizab" ertinya tanah yang dirizab bagi sesuatu maksud awam, rizab keretapi dan rizab hutan;

"tanah Kerajaan" tidak meliputi tanah rizab dan tanah berimilik;

"tebatan", diguna sebagai kata sifat untuk menggambarkan apa-apa bahan, ertinya tebatan dari sekian saiz, kualiti dan pembentukannya mengikut hal keadaan tertentu, hingga dapat memberi perlindungan yang mencukupi dari bahaya;

“tenaga” ertinya tenaga elektrik atau elektrik yang dijanakuasa, dihantar, diagih atau digunakan bagi apaapa maksud kecuali bagi maksud penghantaran sesuatu bentuk perhubungan atau isyarat; elektrik, melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu-benda-sebagaimana diperuntukkan di-bawah-seksyen-3-Akta-Kilang dan-Jentera-1967;

"timbangtara" ertinya timbangtara di bawah dan mengikut seksyen 25;

"voltan lebih tinggi" ertinya voltan yang biasanya melebihi tiga ribu volt.

PENUBUHAN

BAILAGIAN II

(1)

Maka hendaklah dilantik seorang pegawai yang dinamakan Ketua Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik dan beberapa orang Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik sebagaimana perlu bagi maksud-maksud Akta ini.

(2)

Maka hendaklah dilantik beberapa orang pegawai lain sebagaimana perlu bagi menjalankan apa-apa kewajipan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(3)

Semua Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendak-lah tertakluk kepada arahan dan penyeliaan Ketua Pengarah.

FUNGSI, KEWAJIPAN DAN KUASA JEMAAH PEMERIKSA

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik dan mana-mana pegawai lain hendaklah menjalankan fungsi dan kewajipan seperti berikut:

(a)

untuk mengawalselia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendak diperiksa;

1 keadaan zan yang trik yang bagi apan sesuatu nelainkan sebagai ta-Kilang wah dan iwai yang a Elektrik Pengarah, Pengarah erlu bagi ang pega a apa-apa ii.

MERIKSA

Pengarah an semua ) hendak an Ketua

Pengarah

Pengarah

1 pegawai kewajipan dan cara u keleng-

(b)

untuk membuat rancangan tentang jenis ujian yang dikenakan dan menetapkan kelulusan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa jua maksud menurut Akta ini;

(c)

untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa jua pepasangan elektrik;

(d)

untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, mengenai pendaftaran pepasangan, kontraktor elektrik dan pekilang serta orang-orang kompeten;

(e)

untuk mengeluarkan lesen bagi pepasangan awam dan persendirian;

(f)

untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menilai serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;

(g)

untuk menjalankan segala aktiviti lain yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai perlu, berfaedah atau mustahak bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini.

(1)

Seseorang Pengarah boleh bagi maksud melaksanakan apa-apa kewajipannya atau menjalankan apa-apa tugasnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau selainnya bagi apa-apa maksud Akta ini atau mana-mana peraturan untuk memasuki—

(a)

pada bila-bila masa yang munasabah manamana tanah, rumah atau bangunan dengan atau tanpa bekalan tenaga untuk memeriksa dan meneliti mana-mana bahagian sesuatu pepasangan atau kelengkapan, atau kerana apaapa sebab patut yang lain;

(b)

mana-mana tanah, rumah atau bangunan jika dia mengesyaki dengan munasabah bahawa sesuatu kesalahan sedang dilakukan di bawah Akta ini dan boleh menyita atau melak manamana barang atau benda atau pepasangan atau bahagiannya, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Seseorang Pengarah hendaklah membawa pada setiap masa kad kenal diri atau lencana rasmi dalam apajua bentuk yang ditetapkan dan tiada seorang pun diwajib membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya seorang Pengarah memasuki tanah, rumah atau bangunannya kecuali dengan mengemukakan kad kenal diri atau lencana tersebut.

Mana-mana orang yang—

(b)

tidak mematuhi apa-apa jua perintah yang diberi dengan sahnya oleh;

(c)

bersengaja tidak memberi apa-apa maklumat kepada; atau

(d)

menghalangi dengan apajua cara sekalipun, seseorang Pengarah pada menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.

PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR

(1)

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang ditetapkan, tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa bekalan, boleh—

(a)

mengguna, mengerja atau mengendali atau membenar diguna; dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau

(b)

membekal kepada mana-mana orang lain atau untuk kegunaan mereka tenaga dari mana-mana pepasangan, kecuali di bawah dan mengikut terma-terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan nyatanya penggunaan atau bekalan itu, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Lesen boleh diberi oleh Ketua Pengarah dengan persetujuan Menteri dengan membayar apa-apa fee yang ditetapkan.

(3)

Tiada satu pun lesen boleh dipindahmilik melainkan keizinan daripada Menteri mengenai pindahmilik itu ada tertulis pada lesen itu.

(4)

Lesen adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan dan kepada syarat tambahan, jika ada, yang dikenakan dalam tiap-tiap satu halnya itu oleh Ketua Pengarah, dan syarat-syarat tambahan itu hendaklah dinyatakan dalam lesen tersebut.

(5)

Lesen adalah sah selama tempoh yang diluluskan dalam tiap-tiap satu halnya itu oleh Ketua Pengarah :

Dengan syarat bahawa tiada satu pun lesen boleh, tanpa kelulusan yang nyata daripada Menteri, sah selama tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

(6)

Tempoh lamanya tiap-tiap satu lesen adalah seperti yang dinyatakan dalamnya dan dalam tiap-tiap lesen untuk pepasangan awam maka hendaklah dinyatakan—

(b)

voltan yang diumumkan dan variasi yang di benarkan daripadanya;

(c)

caj maksimum yang kena dibayar oleh pengguna; dan

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

(1)

Jika pada bila-bila masa pemegang lesen dapati perlu atau barangkalinya perlu untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Akta ini kepada pemegang lesen berkenaan dengan mana-mana tanah lain daripada tanah Kerajaan bagi maksud membina sesuatu pepasangan atau sebahagian daripada pepasangan, maka pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu boleh, selepas tidak kurang daripada notis dua puluh empat jam yang diberi kepada penduduk, jika ada, memasuki tanah itu dan boleh menjalankan tinjauan dan mengambil aras dan melakukan segala perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu setakat mana yang mungkin tanpa menyebabkan kerosakan atau gangguan.

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifat sebagai membenarkan manamana orang supaya memotong atau membersihkan apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau pembinaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dicantumkan kepada manamana bangunan.

(3)

Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberi kepada pegawai atau orang-orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika pegawai atau orang itu tidak ada, kepada Pemungut Hasil Tanah.

(1)

Tertakluk sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini, seseorang pemegang lesen boleh jika didapati perlu pada bila-bila masa berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa sistem agihan tenaga di bawah Akta ini, meletak, menempat atau membawa atas, di bawah atau di atas mana-mana tanah, selain dari tanah Kerajaan, apa-apa tiang dan kelengkapan-kelengkapan lain sebagaimana yang perlu atau patut bagi maksud-maksud pepasangan berlesen, mengikut mana yang berkenaan, dan boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan pepasangan itu selamat dan berjalan lancar, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 13 kepada semua orang yang berkepentingan disebabkan apa-apa gangguan, kerosakan atau ketakupayaan yang mungkin disebabkan dengannya itu; pampasan itu mungkin meliputi bayaran tahunan untuk tanah yang digunakan bagi maksud mendirikan tiang atau kelengkapan-kelengkapan yang lain itu.

(2)

Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberi notis menyatakan, dengan sepenuh dan setepat yang boleh, jenis dan setakat mana tindakan yang dicadang hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada keseluruhan isinya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual dan Pemungut Hasil Tanah hendaklah menyatakan satu tarikh bila dia boleh menyiasati apa-apa bantahan yang telah dibuat sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini.

(3)

Notis seperti tersebut di atas tadi hendaklah diberi—

(a)

dalam hal tanah berimilik, kepada pemunya atau penduduk;

kemudian a didapati bagi make enaga di membawa ah, selain engkapan tau patut mengikut il apa-apa epasangan pampasan rang yang n, kerosaisebabkan ti bayaran i maksudpan yang nah bagi n (1), penyatakan, jenis dan ak dilaku an isinya m Jadual takan satu ahan yang udian dari

(b)

dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau orang-orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika pegawai atau orang itu tidak ada, kepada Pemungut Hasil Tanah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau akhir diketahui kepada orang yang hendak diberi atau disampaikan oleh Pemungut Hasil Tanah atas perbelanjaan pemegang lesen, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu dari ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis-notis oleh mana-mana undangundang bertulis berhubungan dengan tanah yang berkuatkuasa di Negeri di mana tanah itu terletak.

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas penerimaan notis yang tersebut itu, membuat bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen itu. Bantahan tersebut boleh dibuat kepada Pemungut Hasil Tanah, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan Pemungut hendaklah memberi notis tentang bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pemegang lesen.

(5)

Jika tiada bantahan dibuat dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), maka pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2).

(6)

Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya itu, maka Pemungut Hasil Tanah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi kesemua pihak peluang untuk didengar.

(7)

Setelah tamat siasatan itu Pemungut boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan janjian yang difikirkannya patut, membuat suatu perintah membenarkan atau melarang manamana tindakan yang disebut dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2):

Dengan syarat bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Pemungut itu boleh merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa

Negeri yang mana boleh kemudiannya mengesahkan, mengenepi atau mengubah perintah itu mengikut terma, syarat dan janjian sebagaimana yang difikirkannya patut.

(8)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau sebahagian mana-mana tanah yang terlibat dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2).

(9)

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Bila-bila masa sahaja perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggara atau memperbaiki mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagiannya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana tanah yang atas, di bawah atau di atasnya talian bekalan itu telah diletak, ditempatkan atau dibawa, atau yang atasnya tiang atau kelengkapan-kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala kerja perbaikan yang perlu, dan boleh, pada masa menjalankannya itu, menebang atau mencantas pokok-pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan sehabis sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 13 kepada semua orang yang berkepentingan atas apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan dengannya itu yang mana pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 9.

(1)

Jika talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, atas mana-mana tanah di bawah seksyen 9, dan mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (3) seksyen 9 berhasrat hendak menggunakan tanah itu dengan sedemikian cara hingga menyebabkannya perlu atau bermanfaat yang talian, tiang atau kelengkapan itu patut dialihkan ke suatu bahagian lain dalam tanah itu, atau ke suatu aras yang lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubahkan bentuknya, dia mungkin menghendaki pemegang lesen itu supaya mengalih atau mengubah talian, tiang atau kelengkapan itu sewajarnya.

elulusan kepada in patut

, sesuatu emegang au mem-di atas in meng-n dalam endirikan atau atas n kelengpendapat berlu atau d pepasasanya terPihak Beri tersebut bah pada mpoh sah di atasgan Ketua yang di atas tanah h dari situ atau suatu a sebagai oleh Kerayang memu ditempat mat dengan terletakhak a Kerajaan gkapan itu kan bentuk g lesen itu tiang atau

(2)

(a)

Jika pemegang lesen tidak mematuhi rekuisisi itu maka orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasati semua fakta mengenai kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat berkenaan dengan pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu. Perintah itu hendaklah membuat peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan itu sebagaimana difikirkan saksama oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut hal keadaan kes itu.

(b)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari menyiasati sendiri sesuatu kes di bawah subseksyen ini, mengarahkan Pemungut Hasil Tanah menjalankan siasatan itu bagi pihak dirinya dan membuat syor kepadanya.

(3)

Bila-bila masa sahaja Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi mengalih atau mengubah sesuatu talian bekalan utama maka pemegang lesen boleh, dari mengalihkan atau mengubah talian bekalan itu, memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan supaya tanah itu diambil sebagaimana dikehendaki bagi muksud-maksud talian itu dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu sewajarnya.

(4)

Bila-bila masa sahaja Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan supaya mana-mana tanah diambil maka pepasangan berlesen hendaklah disifatkan sebagai kerja kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengambilan tanah yang berkuatkuasa di Negeri di mana tanah itu terletak hendaklah dikuatkuasakan sewajarnya.

(5)

Bila-bila masa sahaja talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan atas tanah Kerajaan oleh pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberimilik kepada mana-mana orang maka pemunya atau penduduk tanah itu mungkin, melainkan jika terma-terma pemberian milik itu memperuntukkan dengan nyata selainnya, menghendaki dialihkan ke suatu bahagian lain dalam tanah itu atau ke aras yang lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubahkan talian, tiang atau kelengkapan itu dan subseksyen (1) hingga (4) adalah terpakai bagi apaapa jua rekuisisi seperti itu:

Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah ditanggung oleh orang-orang yang membuat rekuisisi itu.

(6)

Seksyen ini tidak boleh menjejaskan seksyen 123 hingga 125 Ordinan Munisipal bagi Negeri-Negeri Selat.

(1)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 9 atau seksyen 11 boleh—

(a)

menyentuh hak pemegang lesen untuk mengikat suatu perjanjian, yang lazimnya dikenal sebagai perjanjian izin-lalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud membawa talian bekalan merintangi tanah itu; atau

(b)

menyentuh mana-mana perjanjian izin-lalu seperti itu yang ada pada masa mula berkuat-kuasanya Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tanah, Pendaftar hendaklah, setelah dikemukakan kepadanya perjanjian izin-lalu yang asal dan menyimpan dengan. Pendaftar salinan diperakui sesuatu perjanjian izin-lalu itu sebagaimana disebutkan dalam subseksyen (1), menyebabkan dibuat catatan pada dokumen hakmilik dalam daftar berhubungan dengan tanah yang terjejas dengan perjanjian izin-lalu menyatakan adanya perjanjian izin-lalu itu.

(3)

Jika perjanjian izin-lalu adalah berhubungan dengan tanah pegangan yang terliput dalam Daftar Sementara—

(a)

subseksyen (2) hendaklah dipakai seolah-olah "Pendaftar" dan "dokumen hakmilik dalam daftar" masing-masingnya telah digantikan dengan "Pesuruhjaya" dan "folio berkenaan Daftar Sementara"; dan itu atau lah, atau itu dan agi apa-ksyen 123

ri-Negeri u seksyen engalihan eh orang-ik menga dikenal pemunya i maksud tanah itu;

izin-lalu berkuat-a undang Pendaftar perjanjian Pendaftar lalu itu (), menyeilik dalam as dengan njian izin-hubungan m Daftar eolah-olah lik dalam digantikan berkenaan

(b)

apabila dokumen hakmilik muktamad dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, apa-apa catatan yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana diubah oleh paragraf (a) hendaklah (jika ianya masih berkuatkuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen-dokumen itu) dimasukkan oleh Pesuruhjaya ke dalam dokumen hakmilik dalam daftar dan hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah catatan itu telah dimasukkan di bawah subseksyen itu.

(4)

Selagi masih terdapat catatan yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) dalam dokumen hakmilik dalam daftar atau folio berkenaan Daftar Sementara itu maka semua urusan mengenai tanah itu yang dimaksudkan oleh catatan itu hendaklah disifatkan sebagai tertakluk kepada hak-hak pemegang lesen di bawah dan menurut perjanjian izin-lalu yang berkenaan dengannya catatan itu telah dibuat.

(5)

Jika catatan atau pendaftaran perjanjian izin-lalu dibuat sebelum 1hb Januari 1966, menurut subseksyen (2) atau (3) sebagaimana berkuatkuasa pada masa itu terus berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh itu maka bagi maksud-maksud subseksyen (4)—

(a)

ia hendaklah dianggap sebagai catatan yang dibuat menurut subseksyen (2); atau

(b)

jika ia berkaitan dengan tanah yang terliput sebagai tanah pegangan dalam Daftar Sementara maka ianya hendaklah dimasukkan dalam folio berkenaan Daftar Sementara itu dan hendaklah dianggap sebagai catatan yang dibuat menurut subseksyen (3).

(6)

Dalam seksyen ini—

"Daftar Sementara" dan "Pesuruhjaya" masingmasing mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963;

"Pendaftar" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara.

(1)

Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 9 atau 10 hendaklah ditaksirkan oleh Pemungut Hasil Tanah selepas menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya memadai:

Dengan syarat bahawa tiada pampasan adalah kena dibayar oleh pemegang lesen berkenaan dengan apaapa jua pokok dalam jarak lima puluh kaki dari garis tengah sesuatu jalan yang dibina atau disenggarai oleh mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan melainkan jika dibuktikan bahawa pokok itu telah wujud sebelum pembinaan jalan itu.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pemungut boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang mana keputusannya adalah muktamad.

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, dalam segala hal di mana pampasan diarah supaya dibayar menurut Akta ini amaun pampasan itu boleh, jika tiada persetujuan dicapai, dituntut dan diputuskan melalui tindakan atau guaman dalam mana-mana mahkamah.

(1)

Seseorang pemegang lesen boleh mengurkan sebagaimana difikirkannya patut kuantiti tenaga yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika, oleh sebab apa-apa hal keadaan luar jangka tenaga yang dijanakan itu tak cukup untuk memboleh dibekalkan kuantiti sepenuhnya dengan mudah.

(2)

Jika kuantiti tenaga telah dikurangkan sebagaimana tersebut di atas tadi—

(a)

tiada apa-apa liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan pengurangan itu; dan

(b)

dalam hal-hal berkenaan, kekurangan tentang bayaran bekalan tenaga hendaklah berkadaran dengan pengurangan yang dibuat itu.

(3)

Mana-mana pemegang lesen tidaklah bertanggungan atas apa-apa kerosakan kepada orang atau harta atau atas apa-apa keberhentian bekalan tenaga yang mungkin disebabkan kemalangan yang tak dapat dielakkan, rosak rosot yang berpatutan atau beban lampau disebabkan sambungan kelengkapan dibayar aksirkan jalankan i:

lah kena gan apalari garis arai oleh na pihak bahawa an itu.

taksiran Berkuasa tamad.

selainnya pampasan i amaun u dicapai, u guaman surangkan naga yang jika, oleh naga yang libekalkan n sebagai-gung oleh

1 apa-apa

1 pengura-an tentang perkadaran

Seksyen 1

h bertang orang atau lan tenaga yang tak tutan atau elengkapan yang tak dibenarkan, atau disebabkan kehendak-kehendak sistem yang munasabah atau disebabkan kecacatan pada mana-mana pepasangan yang tidak diperuntukkan oleh pemegang lesen, tetapi adalah bertanggungan hanya apabila kerosakan atau keberhentian itu dibuktikan berakibat dari kecuaian di pihak orang-orang yang digaji oleh pemegang lesen, ejen atau pengkhidmatnya, mengikut mana yang berkenaan, atau dari kerosakan yang terdapat pada pembinaan pepasangan itu.

(1)

Sebelum mengeluarkan sesuatu lesen, Ketua Pengarah mungkin berkehendakkan apa-apa sekuriti sebagaimana dinyatakannya diberi bagi pematuhan yang wajar akan terma dan syarat lesen dan juga akan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2)

Sesuatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah atas pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau ingkar membayar apaapa wang terakru yang kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen tidak lagi mengerjakan atau mengendalikan pepasangan yang telah diberikan lesen itu:

Dengan syarat bahawa di mana sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa pemegang lesen tidak lagi mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya dia telah menanggung atau mungkin menanggung kesusahan tak sewajarnya disebabkan penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan tersebut dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.

(3)

Pemegang lesen tidaklah berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian yang tertanggung olehnya disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

(4)

Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah mengalih pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu dan jika gagal mengalihnya akan menyebabkan pemegang lesen bertanggungan atas segala kos untuk mengalih-kannya dan kos itu boleh didapatkan balik dari sekuriti yang didepositkan, jika ada, di bawah subseksyen (1).

AKTΛ 277

Seseorang pemegang lesen yang disekat, menurut syarat-syarat lesennya, mengguna atau membekalkan tenaga bagi maksud-maksud tertentu sahaja tidak boleh mengguna atau membekalkan tenaga bagi apa-apa maksud lain daripada maksud-maksud yang dinyatakan sedemikian itu.

Apabila apa-apa kelengkapan elektrik kepunyaan pemegang lesen yang telah ditempatkan dalam atau atas premis yang bukan kepunyaan atau tidak diduduki oleh pemegang lesen bagi maksud membekal atau mengukur tenaga maka kelengkapan itu tidak boleh dikenakan distres dan juga tidak boleh ditahan sebagai menunaikan apa-apa proses mahkamah atau apa-apa prosiding kebankrapan atau ketaksolvenan terhadap mana-mana orang.

(1)

Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baharu, lain daripada pepasangan kepunyaan sesuatu pihak berkuasa bekalan, pemunya pepasangan itu hendaklah mengemukakan, dalam dua salinan, kepada Pengarah, permohonan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan. Pengarah hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memenuhi kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebab dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam borang yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa pada bila-bila masa dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini hingga suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta maka adalah sah bagi Pengarah menurut budi bicaranya tanpa menyebab dijalankan apa-apa pemeriksaan atau ujian mengeluarkan suatu Perakuan Pendaftaran sementara berkenaan dengan pepasangan itu yang hendaklah sah selama tempoh, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat, yang diendorskan padanya dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Perakuan Pendaftaran hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan sebagai terliput sebutan mengenai Perakuan Pendaftaran sementara. Apa-apa Perakuan Pendaftaran sementara seperti itu hendaklah disifatkan telah berkuatkuasa dari tarikh yang diendorskan oleh Pengarah pada Perakuan itu pada masa pengeluarannya. Manamana Perakuan sementara itu boleh ditarik balik atau punyaan im atau liduduki al atau k boleh sebagai apa-apa erhadap baharu, u pihak endaklah engarah, ditetap-eriksaan tetapkan

Akta ini, eluarkan tapkan:

asa dari ga suatu pemberiPengarah ijalankan an suatu dengan tempoh, rat, yang am Akta, melainang lain, Perakuan ndaftaran elah berPengarah a. Mana-alik atau dibatalkan oleh Pengarah pada bila-bila masa menurut budi bicaranya.

(2)

Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan pepasangan, melainkan jika pepasangan itu didaftarkan mengikut suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.

(3)

Perakuan Pendaftaran hendaklah diserahkan balik oleh pemunya atau pemegang lesen kepada Pengarah untuk pembatalan jika pepasangan itu tidak lagi hendak digunakan. Selepas dari itu, jika pemunya atau pemegang lesen hendak mengendalikan pepasangan itu semula, pepasangan tersebut hendaklah dalam segala hal dianggap seolah-olah ianya suatu pepasangan baharu.

(4)

Sesuatu Perakuan Pendaftaran boleh dibatalkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38.

(5)

Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

(1)

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberi di bawah Akta ini, mana-mana orang yang bercadang hendak membina, memperbesar atau mengubah sesuatu pepasangan hendaklah memberi notis tentang pembinaan, pembesaran atau pengubahan yang dicadangkan itu kepada Pengarah. Orang tersebut atau orang yang diberikuasa olehnya hendaklah mengemukakan pelan dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengarah yang boleh memeriksa secara berkala pepasangan itu.

(2)

Selain dari pemeriksaan berkala dalam masa pembinaan, pembesaran atau pengubahan dan pemeriksaan terakhir apabila siap, semua pepasangan, semasa dalam pengendalian, hendaklah tertakluk kepada apa-apa pemeriksaan berkala yang ditetapkan.

(3)

Pihak pengurusan atau orang-orang yang menjaga sesuatu pepasangan atau pembinaan, pembesaran atau pengubahan kepada mana-mana pepasangan hendaklah memberi segala kemudahan untuk menjalankan pemeriksaan dalam masa waktu bekerja.

26

(1)

Tiada apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik lain daripada yang dipunyai atau diurus oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau dikendalikan kecuali mengikut atau di bawah kawalan orang-orang yang mempunyai apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan yang ditetapkan dan tiada seorang pun yang tidak mempunyai kelayakan itu atau memegang perakuan seperti tersebut di atas tadi boleh menjaga mana-mana pepasangan atau mengawal pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

KAWALAN KOMPETEN

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan, jika pelanggaran itu berterusan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama mana pelanggaran itu berterusan selepas sabitan.

MEMBERITAHU TENTANG KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN

(1)

Jika pada bila-bila masa sesuatu kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan kepada manamana orang atau kerosakan teruk kepada harta telah berlaku berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya atau pemegang lesen itu dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Pengarah dengan cara yang sehabis cepat, dan kemudiannya dengan kelengahan paling dikit hendaklah membuat laporan secara bertulis kepada Pengarah akan fakta-fakta mengenai perkara itu setakat mana yang diketahui oleh mereka.

(2)

Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan laporan pertama—

(a)

melawat tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran itu;

ji atau yai atau erjakan bawah apa-apa yang di-npunyai tersebut gan atau ngkapan syen ini apabila ida lima terusan, a ratus laripada i selepas ialangan ugakibata a mana-rta telah gan atau u peme-endaklah kepada at, dan hendak-Pengarah at mana a segera ama—

gan atau

(c)

merekod secara bertulis pendapatnya yang mungkin disokong dengan gambarfoto yang relevan, jika perlu, berikutan dari penyiasatan itu;

(d)

diberi gambarfoto, laporan doktor atau lainlain dokumen yang relevan daripada manamana orang atau pihak berkuasa tanpa membayar apa-apa fee dan orang atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi permintaan itu;

(e)

mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah; dan

(f)

jika berlaku kehilangan jiwa atau ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah tercedera teruk, menghantar satu salinan pendapatnya kepada majistret yang terdekat sekali.

(3)

Jika berlaku kehilangan jiwa atau kecederaan parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apaapa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan apaapa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada apa-apa perubahan atau tambahan boleh dibuat, tanpa izin Pengarah, kepada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin ada kaitan menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan juga tidak boleh membuat apa-apa perubahan, tanpa izin itu, kepada tapak tempat kemalangan atau kebakaran itu sehingga Pengarah telah selesai penyiasatannya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh dikira sebagai mengganggui kerja penyelamatan atau kerja yang perlu untuk keselamatan jiwa atau harta amnya.

(4)

Jika berikut dari penyiasatan awal di bawah subseksyen (2) didapati oleh Pengarah yang menjalankan penyiasatan itu bahawa ada sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa jua kegagalan mematuhi Akta ini atau kecuaian mematuhi apa-apa perintah yang sah yang diberi oleh Pengarah, atau jika Pengarah yang menjalankan penyiasatan seperti tersebut di atas tadi berpuas hati bahawa kemalangan atau kebakaran itu mungkin dapat dicegah jika langkah awasan yang patut telah diambil dan dipatuhi pada mengerjakan apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, Ketua Pengarah atau Pengarah yang diberi kuasa olehnya boleh selanjutnya menyiasat hal-hal keadaannya tentang kemalangan atau kebakaran itu bersama-sama dengan pegawai yang membuat penyiasatan awal dan jika pada pendapatnya bahawa prosiding jenayah boleh dibawa terhadap mana-mana orang maka dia hendaklah menghantar kepada Timbalan Pendakwa Raya satu salinan laporan Pengarah disertai dengan pendapatnya tentang hal keadaan dan pendapat.

(5)

Mana-mana orang yang bersangkut-paut dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen ini mungkin berhak, setelah membayar fee yang ditetapkan, mendapat salinan laporan Pengarah, salinan pendapat Ketua Pengarah dan salinan kenyataan, jika ada, yang diterima sebagai keterangan oleh Pengarah atau Ketua Pengarah, mengikut mana yang berkenaan.

(6)

Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang sah, melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) dan (3) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(7)

Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, penyiasatan awal di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan dan izin yang disebutkan dalam subseksyen (3) boleh diberi oleh Ketua Pengarah.

SIASATAN DAN TIMBANGTARA

(1)

Jika berlaku apa-apa perselisihan pendapat antara pemegang lesen dengan Pengarah atau antara pihak pengurusan atau pemunya mana-mana pepasangan atau kelengkapan dengan Pengarah berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh pembinaan, pendirian, penyenggaraan atau pengendalian manamana pepasangan atau kelengkapan, maka perkara itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah dan diputuskan olehnya.

ng sah dan (3) kta ini a tidak

(2)

Mana-mana orang yang berasa terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh memohon kepada Menteri untuk pertimbangan semula akan perkara yang dipertikaikan. Permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah atau dalam tempoh lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Menteri dalam hal-hal keadaan khas dan hendaklah mengandungi alasan kilanan itu.

(3)

Apabila permohonan itu diterima, Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi sebagai wakilnya untuk menyiasat perkara itu berserta dengan dua orang lain yang akan dinamakan oleh Menteri sebagai pengapit. Pengapit itu hendaklah orang-orang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang elektrik atau lain-lain kemahiran dan pengalaman khas yang dipilih dari orang-orang yang bukan dalam perkhidmatan Jemaah Pemeriksa Elektrik.

(4)

Segala soal mengenai siasatan itu hendaklah diputuskan dengan cara majoriti anggota-anggota yang mengadakan siasatan itu.

(5)

(a)

Apabila tamat siasatan itu Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada Menteri satu ringkasan keterangan bersama-sama dengan keputusan yang tercapai, dan Menteri hendaklah menerima keputusan itu dan hendaklah memberitahu semua orang yang berkenaan.

(b)

Mana-mana orang yang bersangkut-paut adalah berhak, dengan membayar fee yang ditetapkan, mendapat satu salinan ringkasan keterangan dan keputusan.

(6)

Orang-orang yang dinamakan oleh Menteri untuk berkhidmat sebagai pengapit hendaklah dipanggil hadir dan adalah berhak mendapat apa-apa saraan, dari semasa ke semasa, sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.

(7)

(a)

Mana-mana orang yang dipanggil hadir sebagai pengapit yang tanpa sebab yang sah—

(i)

tidak pula hadir sebagaimana dikehendaki menurut saman itu; atau

(ii)

setelah hadir meninggalkan sidangan tanpa mendapat kebenaran daripada Pengerusi; atau

(iii)

tidak hadir selepas penangguhan siasatan itu, boleh, apabila perintah dibuat oleh Pengerusi, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit.

(b)

Apabila seseorang pengapit didenda, Pengerusi hendaklah serta-merta menghantar kepadanya satu notis bertulis menghendakinya supaya membayar denda itu atau menunjukkan sebab di hadapan Pengerusi dalam tempoh empat belas hari, mengapa denda itu tidak patut dibayar. Apa-apa jua denda seperti itu boleh didapatkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah.

Bagi maksud mengadakan siasatan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau Pengerusi, mengikut mana yang berkenaan, adalah berkuasa mengendalikan sumpah dan ikrar dan diberi kuasa seperti majistret kelas satu untuk memaksa kehadiran saksi-saksi, menjaga ketenteraman dan selainnya menjalankan dengan wajar siasatan tersebut. Orang-orang yang dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan itu adalah terikat di sisi undang-undang supaya hadir.

(1)

Jika sesuatu perkara dikehendaki diputuskan dengan cara timbangtara di bawah Akta ini maka perkara itu hendaklah diputuskan oleh suatu lembaga timbangtara terdiri dari seorang atau tiga orang penimbangtara yang dipilih oleh pihak-pihak itu atau, jika mereka tidak dapat mencapai persetujuan, oleh Hakim Besar.

(2)

Tiap-tiap satu pihak adalah berkuasa melantik seorang pengapit untuk bersidang bersama-sama dengan penimbangtara, tetapi penimbangtara seorang sahaja berkuasa membuat keputusan dan memberi award. Jika lebih daripada seorang penimbangtara dilantik, majoriti daripada mereka boleh membuat keputusan dan memberi award.

(3)

Timbangtara hendaklah dijalankan di manamana tempat dalam Malaysia sebagaimana diputuskan oleh penimbangtara dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen ini, dikawali oleh Akta Timbangtara 1952.

tanpa si; atau an itu, dikenait.

engerusi va satu r denda engerusi nda itu u boleh i dalam ih Akta t mana in sum et kelas nenjaga n wajar supaya rikat di utuskan ika perembaga penimau, jika Hakim nelantik dengan sahaja ard. Jika majoriti n mem-

(4)

Saraan seseorang timbangtara yang dilantik oleh Hakim Besar mengikut seksyen ini hendaklah ditetapkan oleh Hakim Besar dan saraan seseorang timbangtara yang dipilih oleh pihak-pihak hendaklah ditetapkan oleh mereka. Kos perujukan dan award, termasuk saraan timbangtara, hendaklah dibayar oleh pihak-pihak mengikut apa-apa kadar sebagaimana diputuskan oleh penimbangtara:

Dengan syarat bahawa saraan dan elaun seseorang pengapit hendaklah dibayar oleh pihak yang melantiknya.

KESALAHAN DAN PENALTI

(1)

Mana-mana orang yang dengan sengaja mengganggui atau mengubah mana-mana pepasangan atau bahagiannya atau membuat atau mengimport atau menjual apa-apa kelengkapan hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa manusia atau anggota badan atau bencana kepada mana-mana kelengkapan atau lain-lain harta adalah melakukan suatu kesalahan dan bagi tiap-tiap kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun.

(2)

Mana-mana orang yang dengan apa jua tindakan atau ketinggalan yang gopoh atau cuai berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau bahagian daripada pepasangan atau kelengkapan menyebabkan bencana kepada orang atau harta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang dengan apa jua cara dengan curangnya—

(i)

menarik tenaga;

(iv)

mengubah indeks sesuatu meter atau lain-lain instrumen yang digunakan pada atau berkaitan dengan pepasangan pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan output atau penggunaan habis tenaga; atau

(v)

menahan mana-mana meter atau instrumen itu daripada merekodkan dengan wajar akan output atau penggunaan habis tenaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang bertulis berkaitan yang berkuatkuasa berhubungan dengan pihak-pihak berkuasa bekalan.

(4)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 7, mengguna, mengerjakan atau mengendalikan, atau membenar digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 7, membekal tenaga dari sesuatu pepasangan kepada mana-mana orang atau untuk kegunaan manamana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(6)

Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kuasa yang nyata daripada Ketua Pengarah membekalkan tenaga atau memasang apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit, dan apa-apa talian atau kerja tak berkebenaran itu boleh, selepas sabitan, dipindahkan mengikut apabila eruntuk-ang ber-perkuasa elanggari igendali-atau di-lakukan dikena-ggit dan is ringgit ari yang elanggari pasangan n mana-han dan lak lebih n denda ggit bagi ari yang ba kuasa bekalkan lan atau kawasan adalah i disabit-ima ribu ebenaran mengikut perintah Ketua Pengarah, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi memindahkannya boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.

(7)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak, tanpa sebab yang sah, mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam lesen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(8)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 19, tidak atau cuai mendaftar sesuatu pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(9)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang wajar bagi maksud itu, bersengaja memusnahkan atau merosakkan lampu awam atau bersengaja merosakkan atau mencacatkan apa-apa tiang, braket atau lain-lain cara penupang lampu awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(10)

Mana-mana orang yang, tanpa izin yang sah, menampal atau menyebabkan ditampal apa-apa iklan, bil atau notis atau apa-apa kertas pada, atau selainnya mencacatkan, mana-mana bangunan, tiang atau braket atau lain-lain kelengkapan atau kepungannya yang diguna untuk atau berkaitan dengan pepasangan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.

(11)

Mana-mana orang yang bersengaja atau dengan cuainya—

(a)

menyebabkan tenaga dilencongkan dari aliran perjalanannya yang biasa dan dibiarkan membazir; atau

(b)

memecah, membuang, menyebabkan terjatuh atau rosak mana-mana talian bekalan atau tiang, pole, atau lain-lain kelengkapan, manamana pepasangan atau bahagian daripadanya, mengikut mana yang berkenaan, yang bersambung dengan bekalan tenaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(12)

(a)

Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang sah, menjalankan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau bahagian daripadanya dengan cara yang mungkin mengganggui mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(13)

(a)

Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik kepada pendawaian yang ada di premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(14)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang penalti baginya tidak ada diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiaptiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

syen ini apabila ada tiga ak lebih apabila ada lima ak lebih

; apa-apa ada peni dahulu la pihak atu kesanya tidak

, apabila pada satu erterusan, bagi tiapkesalahan

<syen ini apabila daripada dak lebih

(15)

Jika pada bila-bila masa seseorang ejen atau pengkhidmat dalam masa pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang mana hal melakukan atau tidak melakukannya oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, maka ejen atau pengkhidmat itu adalah bersalah atas kesalahan itu, dan prinsipal atau majikannya dan mana-mana orang pada masa melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu telah menjaga urusan yang berkenaan dengannya perbuatan melakukan atau tidak melakukan itu berlaku adalah bersalah atas kesalahan itu melainkan jika prinsipal atau majikan atau mana-mana orang lain, mengikut mana yang berkenaan, membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan awasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan itu dilakukan atau tidak dilakukan.

Dalam apa-apa pendakwaan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (3) seksyen 32, bukti tentang—

(a)

adanya cara-cara artifisial yang, sama ada bersendirian atau berserta dengan cara-cara artifisial tambahan yang tidak terjumpa, boleh digunakan untuk mengubah, atau mempermudahkan pengubahan, indeks meter atau instrumen yang digunakan untuk mencatatkan kuantiti tenaga yang dibekalkan;

(b)

adanya cara-cara artifisial yang, sama ada bersendirian atau berserta dengan cara-cara lain yang tidak terjumpa, akan menahan, atau mempermudahkan ditahan, mana-mana meter atau instrumen dari mencatatkan dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan, atau akan mempermudahkan menarik, menggunahabis atau menggunakan tenaga dengan curang; atau

(c)

(i)

pemasangan apa-apa pesawat atau lain-lain cara kepada;

(ii)

keabsenan atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan dari; atau

(iii)

penggangguan dengan mana-mana bahagian atau sambungan, apa-apa radas mengikut hal-hal keadaan yang pemasangan, keabsenan, pengalihan atau penggangguan akan menahan atau mempermudahkan menahan mana-mana meter atau lain-lain instrument dari mencatatkan dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan, atau akan mempermudahkan menarik, menggunahabis atau menggunakan tenaga dengan curang, adalah menjadi keterangan prima facie yang ada berlakunya pengubahan dengan curang akan indeks manamana meter atau instrumen, atau pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga, mengikut mana yang berkenaan; dan

(i)

bahawa pengubahan, pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang, mengikut mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—

(a)

orang yang memasang alat buatan, alat mekanik atau lain-lain alat seperti tersebut di atas tadi;

(b)

orang yang menanggalkan mana-mana bahagian atau sambungan seperti tersebut di atas tadi;

(c)

orang yang mengganggui mana-mana bahagian atau sambungan seperti tersebut di atas tadi;

(e)

orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ianya terpasang;

(f)

penduduk premis di mana meter atau instrumen itu dipasang; atau

(ii)

bahawa orang atau pengguna telah bersubahat melakukan kesalahan pengubahan, pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan, mengikut mana yang berkenaan.

(1)

Mana-mana orang yang mengalih, membina atau merosakkan sama ada dengan bersengaja atau selainnya, mana-mana pepasangan atau mana-mana enarikan n tenaga ang ber-itan, alat perti ter-ana-mana i tersebut eter atau n ke atas asang;

bahagiannya, atau mana-mana lampu awam atau manamana tiang, braket atau lain-lain alat penupang lampu awam, atau mana-mana instrumen yang digunakan berkaitan dengan mana-mana pepasangan untuk merekodkan output atau penggunaan habis tenaga adalah, selain dari apa-apa penalti yang dia bertanggungan di bawah Akta ini, bertanggungan membayar pampasan penuh atas kerosakan yang telah dilakukannya dan pampasan itu boleh didapatkan kembali melalui tindakan atau guaman sivil dalam mana-mana mahkamah.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), mana-mana mahkamah yang seseorang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh mentaksir pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini dan boleh membuat suatu perintah berkenaan dengan pembayarannya. Mana-mana perintah itu boleh dikuatkuasakan seolah-olah ianya suatu hukuman dalam tindakan atau guaman civil.

Maka adalah kompeten bagi Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk menjalankan pendakwaan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dalam mana-mana mahkamah.

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah seksyen 6, 26 (9), 26 (10), 26 (12), 26 (13), 26 (14), 32, 36 (5) atau di bawah mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan memungut dari orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukannya sejumlah wang tidak melebihi dari satu ribu ringgit.

(2)

Ketua Pengarah boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan untuk menetapkan cara dan prosedur mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.

Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan itu, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda yang tidak melebihi setengah kepada orang yang memberi maklumat membawa kepada sabitan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(1)

Pelaksanaan segala kerja berkaitan dengan penjanaan atau pembekalan tenaga yang mungkin menjejaskan mana-mana lebuh, landasan keretapi, landasan trem, sungai, terusan atau lain-lain terusan air atau apa-apa sistem pengairan, pemaritan atau bekalan air atau apa-apa telegraf, telefon, radio-komunikasi, kerja pelabuhan atau lain-lain kerja awam atau persendirian, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada di overhed atau bawah tanah, apa-apa jalan atau kerja seperti tersebut di atas tadi, boleh dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa menyentuh keselamatan awam atau keselamatan diri.

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang sah, melanggar atau tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(1)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengerjaan atau pengendalian sesuatu pepasangan menyebabkan gangguan elektrik pada mana-mana radio-komunikasi, telekomunikasi, telegraf, telefon atau lain-lain proses isyarat atau litar elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau mana-mana pihak berkuasa bekalan, maka Ketua Pengarah hendaklah meminta pemunya atau pemegang lesen menghentikan gangguan itu dan jika, dalam tempoh empat belas hari atau tempoh yang lebih lama lagi sebagaimana difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah dalam apa-apa hal-keadaan tertentu, gangguan itu tidak diberhentikan dengan berkesannya maka Ketua Pengarah hendaklah melaporkan perkara itu kepada Menteri dan Menteri itu boleh, menurut budi bicaranya—

(a)

dalam hal pepasangan berlesen, memerintahkan penggantungan lesen itu;

(b)

dalam hal pepasangan tak berlesen, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian pepasangan itu; atau dengan in men-andasan au apa-air atau

, kerja andirian uma ada au kerja engikut lamatan bahawa asangan ma-mana telefon ik yang i pihak kerajaan n, maka ya atau lan jika, oh yang nasabah keadaan dengan endaklah

Menteri

(c)

dalam hal apa-apa pepasangan, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian sebahagian daripada pepasangan yang menyebabkan gangguan elektrik itu, sehingga perkiraan dibuat hingga memuaskan hati Ketua Pengarah untuk mencegah berlaku lagi gangguan elektrik seperti tersebut di atas tadi, dan jika, dalam hal pepasangan berlesen, tiada apa-apa perkiraan seperti itu dibuat, maka Menteri boleh memerintahkan supaya lesen bagi pepasangan tersebut dibatalkan secara mutlak.

(2)

Atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini, pemegang lesen boleh menuntut pampasan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, atau manamana pihak berkuasa bekalan, mengikut mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa tiada tuntutan boleh dibenarkan dan tiada pampasan boleh dibayar jika gangguan elektrik yang tersebut dalam subseksyen (1) telah disebabkan oleh pepasangan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan bagi mengawalselia gangguan elektrik yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan telegraf.

(3)

Jika tuntutan itu dibenarkan, pampasan hendak-lah diputuskan dengan cara timbangtaraan, melainkan jika diselesaikan dengan cara persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana yang berkenaan, dengan pemegang lesen.

Mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pengguna lain yang mengambil atau mengguna tenaga dari sesuatu pepasangan hendaklah, jika Ketua Pengarah berkehendakkan sedemikian, mengadakan apa-apa alatcara sebagaimana diarahkan oleh Ketua Pengarah atau sebagaimana ditetapkan untuk mengelakkan risiko kerosakan kepada pepasangan disebabkan elektrik atmosfera.

(1)

Tiada seorang pun boleh, pada menjanakan, menghantar, membekal atau mengguna tenaga, membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya disambungkan dengan bumi kecuali sebagaimana ditetapkan melalui kaedah di bawah Akta ini atau sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Ketua Pengarah.

(2)

Jika berlaku apa-apa pelanggaran terhadap subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh melalui perintah bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya supaya menanggalkan sambungan itu dan boleh melarang penggunaan apa-apa talian bekalan atau kerja atau pepasangan sehingga perintah itu dipatuhi dan tiap-tiap perintah itu hendaklah dipatuhi oleh orang yang berkenaan.

(1)

Jika seseorang Pengarah dapati pada manamana pepasangan atau bahagiannya apa-apa defek yang pada pendapatnya mungkin menyebabkan bahaya maka dia boleh, melalui notis yang ditampalkan di tempat di mana pepasangan atau bahagian yang dimaksudkan itu dipasang atau ada dijalankan, atau disampaikan kepada pemegang lesen atau pemunya pepasangan itu, menghendaki supaya defek itu diperbaiki atau dihapuskan dalam tempoh sebagaimana dinyatakan dalam notis itu dan dalam hal yang demikian pepasangan atau bahagiannya tidak boleh dikendalikan atau digunakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan melainkan jika defek itu telah diperbaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pengarah:

Dengan syarat bahawa jika Pengarah berpendapat bahawa defek itu mungkin menyebabkan bahaya secara langsung maka dia boleh melalui notis yang ditampalkan atau disampaikan seperti tersebut di atas tadi, serta-merta menggantung pengendalian dan penggunaan pepasangan itu dan, jika perlu melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga defek itu diperbaiki atau dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidak boleh dikendali atau diguna selagi notis penggantungan itu masih tidak ditarik balik dan lak itu tidak ditanggalkan oleh Pengarah.

janakan a, mem kalannya gaimana ini atau eh Ketua dap sub perintah pemunya n boleh lan atau dipatuhi uhi oleh la manapa defek n bahaya palkan di yang di can, atau pemunya itu diper-agaimana hal yang lak boleh t tempoh lah diper-kan hati rpendapat aya secara ditampal atas tadi, enggunaan epasangan baiki atau nya tidak tis peng-n lak itu

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga pepasangan yang sedar akan sesuatu defek yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah serta-merta memperbaiki atau menghapuskan defek itu dan tiap-tiap pengguna yang sedar akan sesuatu defek pada mana-mana kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah sertamerta memperbaiki atau menghapuskan defek itu atau membuat laporan mengenainya itu kepada Pengarah.

(3)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa defek pada sesuatu pepasangan yang berkenaan dengannya suatu lesen ada berkuatkuasa adalah dari jenis yang tidak dapat diperbaiki atau dihapuskan, maka Ketua Pengarah hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika difikirkannya perlu berbuat demikian, hendaklah membatalkan lesen itu.

(4)

Pemegang lesen atau pemunya tidaklah berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya disebabkan penggantungan pengendalian dan penggunaan serta pelakan mana-mana pepasangan atau bahagiannya atau disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(1)

Tiada pemegang lesen atau pihak pengurusan boleh mengambil kerja atau dibenar mengambil kerja mana-mana orang di bawah umur enam belas tahun dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengelolaan atau penjagaan atau kedekatan dengan kelengkapan hidup yang tidak ditebat dengan berkesannya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

KUASA MEMBUAT PERATURAN

(b)

lat tempoh, masa dan cara bagaimana pepasangan atau kelengkapan hendak diperiksa, notis (jika ada) yang hendak diberi berhubungan dengan pemeriksaan dan persediaan yang dikehendaki dibuat oleh pemegang lesen dan pihak pengurusan mengenai pemeriksaan;

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apaapa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya—

(a)

fungsi dan tugas mana-mana Pengarah atau pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3;

(c)

standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam rekabentuk, pembinaan, perlindungan dan penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan, syarat-syarat di bawah mana sesuatu pepasangan atau kelengkapan hendak dikerjakan atau dikendalikan dan larangan mengguna kelengkapan yang merbahaya;

(d)

cara bagaimana tenaga hendak disukat dan standard penyukatan yang hendak digunakan dan cara bagaimana tenaga dibenar dibekal atau digunakan atau dilarang daripada dibekal atau digunakan;

(e)

standard yang akan diterima pakai bagi mengukur dimensa pepasangan dan kelengkapan;

(f)

cara mengawalselia dan had variasi tentang jenis, voltan dan kekerapan bekalan tenaga;

(g)

kelas atau rekabentuk wayar, lekapan dan kelengkapan yang hendak digunakan dan cara bagaimana wayar, lekapan dan kelengkapan itu hendak didirikan, dipasang, disusun, dilindungi, dikawal, diperiksa, diuji dan disenggara;

(h)

fee yang hendak dibayar bagi lesen dan Perakuan Pendaftaran pepasangan dan apa-apa fee lain yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini;

Menteri, an apa-Akta ini a pepa iperiksa, ubungan yang disen dan an;

ah atau en 3;

; hendak ian, per gan dan nana se hendak larangan ya;

kat dan gunakan dibekal dibekal gi meng-kapan;

tentang enaga;

pan dan dan cara engkapan isun, di-dan di-sen dan apa-apa vah Akta

(i)

bentuk dan isi kandungan lesen serta syaratsyarat yang hendak ditetapkan dalam lesen, bentuk dan tempoh kesahan Perakuan Pendaftaran dan syarat-syarat penggantungan, perlanjutan dan pembatalan lesen dan Perakuan Pendaftaran;

(j)

kelulusan minimum yang dikehendaki dari orang-orang sebelum mereka boleh ditugaskan merekabentuk, membina, mendiri, menguji, mengendali, menyenggara, membaiki atau mengubah mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau ditugaskan menjaga, mengawal atau mengendalikan mana-mana pepasangan atau kelengkapan;

(k)

mereka jenis ujian yang hendak digunakan untuk menentukan sama ada orang-orang mempunyai kelulusan perlu yang ditetapkan bagi maksud kawalan kompeten dan lain-lain maksud, dan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan kekompetenan, dan menetapkan fee yang kena dibayar bagi ujian dan perakuan itu;

(l)

pendaftaran dan klasifikasi kontraktor pendawaian, kontraktor tanda elektrik, pembuat papan suis dan orang-orang kompeten, dan untuk menetapkan fee bagi pendaftaran itu;

(m)

langkah-langkah yang akan diambil dan kelengkapan yang akan dibekal dan digunakan berkaitan dengan pepasangan untuk mempastikan keselamatan orang awam dan keselamatan diri;

(n)

langkah-langkah awasan yang akan diambil untuk melepaskan orang-orang dari menjaga kelengkapan dan cara memberitahu Pengarah tentang nama dan kelayakan orang-orang yang ditempatkan untuk menjaga pepasangan dan pengendalian kelengkapan itu;

(p)

cara mengadakan siasatan dan timbangtara di bawah Akta ini;

(r)

menilai dan meluluskan, di mana perlu, apaapa kelengkapan domestik atau lain-lain kelengkapan yang hendak dikilang, diimport, dipamer, dijual, diiklan, dipasang atau digunakan dan menetapkan fee yang kena dibayar mengenainya;

(s)

peruntukan bagi pemegang lesen berkenaan dengan perkara-perkara mengenai—

(u)

cara melaksanakan kerja berkaitan dengan penjanaan kuasa dan bekalan tenaga tanpa menjejaskan keselamatan awam atau keselamatan diri;

(t)

penyerahan penyata kewangan dan laporan audit oleh pemegang lesen;

(v)

cara-cara yang akan digunakan, sama ada dengan mengenakan larangan atau selainnya, untuk mencegah atau mengurangkan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau berbangkit dari pengerjaan apa-apa pepasangan atau kelengkapan.

Tertakluk kepada seksyen 7, 19 dan 21, Ketua Pengarah boleh dengan kelulusan Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan dari manamana peruntukan dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—

(a)

mana-mana pepasangan, atau bahagiannya, yang dipunyai oleh atau dikerjakan oleh atau bagi pihak mana-mana pihak berkuasa bekalan;

(b)

mana-mana golongan pepasangan atau kelengkapan tertentu yang lain, dan boleh, melalui pemberitahuan seumpama itu, membatalkan apa-apa pengecualian yang diberitahu sedemikian itu.

1 laporan n dengan aga tanpa au kesela-sama ada selainnya, n apa-apa ngkit atau epasangan hagiannya oleh atau sa bekalan;

tau keleng-

21, Ketuaeri melalui dari manauran yang a itu, memitahu sede-

Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana lesen bagi pepasangan awam yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang yang diisytiharkan sebelum Akta ini, tiada pemegang mana-mana lesen itu boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua Pengarah—

(a)

memperolehi mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud-maksud pepasangan itu;

(b)

memulakan apa-apa skim baharu mengenai pembekalan tenaga;

(c)

memperbesarkan atau memperluaskan pepasangan atau kawasan bekalan yang ada sekarang; atau

(d)

memasang apa-apa loji atau kelengkapan yang baharu atau menggantikan apa-apa loji atau kelengkapan yang ada sekarang bagi maksudmaksud pepasangan itu.

Kegagalan mematuhi seksyen ini akan menyebabkan lesen pemegang lesen itu boleh kena dibatalkan menurut budi bicara Ketua Pengarah.

Ordinan Elektrik Sabah dan Ordinan Elektrik Sarawak yang masing-masingnya diisytiharkan sebagai undang-undang persekutuan adalah dimansuhkan.

Akta Elektrik 1949 adalah dipinda dengan---

(a)

memotong takrif "Chief Inspector" dan "Inspector" yang terdapat dalam seksyen 2;

(b)

memotong perkataan-perkataan yang bermula dari ", and, in particular, may appoint..." sehingga "other duties as may be prescribed" yang terdapat dalam subseksyen (1) seksyen 12; dan 46

(c)

memotong subseksyen (3) seksyen 12, paragraf (e) dan (g) subseksyen (2) seksyen 20, seksyen 39,40,42,67,68,69,70,71,72,73,74,78,79 80,81,82,83,subseksyen (4),(5),(6),(7) dan (13) seksyen 86,paragraf (a),(b),(c),(e),(f),(g), (h),(i),(j),(l),(m),(n),(o) dan (p) subseksyen (1) seksyen 89 dan seksyen 93.

(Seksyen 9 (2))

MALAYSIA

NEGERI.

NOTIS CADANGAN MEMASUKI DAN MENJALANKAN KERJA DI ATAS TANAH DI BAWAH SEKSYEN 9

Kepada :

Hakmilik atau lain-lain periha

Sila ambil ketahui bahawa saya..

beralamat.

sebagai pemegang lesen bertarikh...

di bawah Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 berhasrat memasuki tanah yang tersebut di atas bagi maksud (di sini seboleh-bolehnya nyatakan dengan penuh dan tepat apa yang dicadang hendak dilakukan).

Kamu boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan Notis ini, membuat bantahan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada Pemungut Hasil Tanah di...

Pemungut Hasil Tanah telah menetapkan... sebagai harinya yang bantahan itu akan didengar.

Jika kamu tidak membuat bantahan dalam masa yang ditetapkan itu maka adalah dianggapkan yang kamu telah mengizinkan saya memasuki tanah itu mengikut kehendak-kehendak Notis ini.

Kamu akan dibayar pampasan kerosakan yang dilakukan.

Bertarikh pada...haribulan..

yang wajar atas apa-apa

Pemegang Lesen

Common questions

What is Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983?
Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 is Malaysia Act, cited as Act 277 1983, currently marked repealed and first recorded in 1983.
Is Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 still in force?
No — Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 has been repealed.
When did Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 take effect?
Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 have?
Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 contains 43 sections.
Where can I read the official version of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983?
The official text of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.