Seksyen 13
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
Seksyen 13
Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 9 atau 10 hendaklah ditaksirkan oleh Pemungut Hasil Tanah selepas menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya memadai:
Dengan syarat bahawa tiada pampasan adalah kena dibayar oleh pemegang lesen berkenaan dengan apaapa jua pokok dalam jarak lima puluh kaki dari garis tengah sesuatu jalan yang dibina atau disenggarai oleh mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan melainkan jika dibuktikan bahawa pokok itu telah wujud sebelum pembinaan jalan itu.
(2)
Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pemungut boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang mana keputusannya adalah muktamad.