Skip to content

Seksyen 8

of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

ActRepealedProvision 8 of 42

Seksyen 8

(1)

Jika pada bila-bila masa pemegang lesen dapati perlu atau barangkalinya perlu untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Akta ini kepada pemegang lesen berkenaan dengan mana-mana tanah lain daripada tanah Kerajaan bagi maksud membina sesuatu pepasangan atau sebahagian daripada pepasangan, maka pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu boleh, selepas tidak kurang daripada notis dua puluh empat jam yang diberi kepada penduduk, jika ada, memasuki tanah itu dan boleh menjalankan tinjauan dan mengambil aras dan melakukan segala perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu setakat mana yang mungkin tanpa menyebabkan kerosakan atau gangguan.

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifat sebagai membenarkan manamana orang supaya memotong atau membersihkan apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau pembinaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dicantumkan kepada manamana bangunan.

(3)

Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberi kepada pegawai atau orang-orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika pegawai atau orang itu tidak ada, kepada Pemungut Hasil Tanah.