Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XIII
110. Kuasa untuk menangkap tanpa waran
Feedback & support(1)
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya—
(a)
telah melakukan atau cuba untuk melakukan; atau
(b)
menggunakan atau membantu mana-mana orang lain untuk melakukan atau menyubahati pelakuan, sesuatu kesalahan terhadap Akta ini, dan boleh memeriksa badan mana-mana orang yang ditangkap sedemikian.
(2)
Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1)
hendaklah, selepas penangkapan itu, diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
Kanak-Kanak 145