Jika sesuatu perintah dibuat meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai atau menghendaki ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya
Undang-Undang Malaysia 150
ke atasnya, Pelindung atau pegawai akhlak atau mana-mana
Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pelindung atau pegawai akhlak boleh, selagi perintah itu terus berkuat kuasa—
pada bila-bila masa melawat dan memeriksa tempat kanak-kanak yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat tinggal atau dipercayai tinggal atau berada; dan
menyiasat keadaan dan hal keadaan kanak-kanak itu, dan bagi maksud siasatan itu, boleh menghendaki mana-mana orang menjawab apa-apa soalan yang difikirkannya patut ditanyakan dan orang itu terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan-soalan itu dengan benar setakat yang dia tahu atau percaya.