Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian XV · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

131. Sebutan mengenai Mahkamah Juvana, dsb

Feedback & support
(1)

Semua sebutan mengenai Mahkamah Juvana dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau dalam apa-apa penghakiman, hukuman, perintah, arahan atau keputusan yang dibuat di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan dan yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

(2)

Penghakiman, hukuman, perintah, arahan atau keputusan

Mahkamah Juvana, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret di bawah

Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan.

(3)

Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan

Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam subseksyen (2)

sebelum tarikh yang ditetapkan setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding itu berhubung dengan seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Sesyen atau Mahkamah Majistret di bawah Akta ini dan boleh disambung dan ditamatkan dengan sewajarnya pada dan selepas tarikh yang ditetapkan.

(4)

Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta Perlindungan Wanita dan

Gadis 1973 sebelum tarikh yang ditetapkan dan masih belum selesai hendaklah, setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding

Kanak-Kanak 161

itu berhubung dengan seseorang perempuan yang berumur lapan belas tahun ke atas dan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang sama, disambung dan ditamatkan di bawah Akta yang sama dan bagi maksud ini maka hendaklah dikira seolah-olah Akta itu tidak dimansuhkan.

Report