Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XV · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
135. Pencegahan anomali
Feedback & supportMenteri boleh, apabila pada hematnya perlu atau suai manfaat berbuat sedemikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali berbangkit daripada pembuatan
Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam Akta ini sebagaimana yang difikirkannya patut tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
Kanak-Kanak 163