Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab · Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

36. Obligasi kemudiannya

Feedback & support
(1)

Jika pengambilan seseorang kanak-kanak telah diberitahukan kepada dan dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35, orang yang telah mengambil kanak-kanak itu hendaklah, jika pada bila-bila masa kemudiannya—

(a)

dia bercadang mengembalikan kanak-kanak itu kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil; atau

(b)

tanpa pengetahuan atau keizinannya, kanak-kanak itu telah meninggalkan pemeliharaan, jagaan atau kawalannya, membuat laporan sendiri kepada Pelindung dan hendaklah, pada bila-bila masa jika dapat dilaksanakan, membawa atau menyebabkan dibawa ke hadapan Pelindung kanak-kanak itu dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil.

Undang-Undang Malaysia 64

(2)

Apabila diterima suatu laporan di bawah subseksyen (1),

Pelindung hendaklah membuat suatu catatan mengenai laporan itu dan hendaklah jika—

(a)

kanak-kanak itu dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil hadir pada masa laporan itu diterima, mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil tidak hadir pada masa laporan itu diterima—

(i)

mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara sehingga dia dapat dikembalikan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu; dan

(ii)

dengan serta-merta menghantar maklumat bertulis ke tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu yang akhir diketahui.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Pelindung untuk menghendaki supaya kanak-kanak dikemukakan di hadapannya

Report

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules