Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab · Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

37. Section 37

Feedback & support
(1)

Jika seseorang Pelindung ada sebab untuk mempercayai bahawa terdapat, di kawasan atau Negeri yang di dalamnya dia menjalankan bidang kuasa, seseorang kanak-kanak yang berkenaan dengan pengambilannya tiada pemberitahuan telah dibuat menurut seksyen 35, dia boleh, melalui saman di bawah tandatangannya yang dialamatkan kepada orang yang mempunyai atau dipercayai mempunyai pemeliharaan, jagaan atau kawalan kanak-kanak itu, menghendaki orang itu hadir dan mengemukakan kanak-kanak itu di hadapannya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (4).

Kanak-Kanak 65

(2)

Jika seseorang yang kepadanya saman telah disampaikan di bawah subseksyen (1) tidak mengemukakan kanak-kanak itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu,

Pelindung boleh memohon kepada seorang Majistret supaya suatu waran geledah di bawah seksyen 111 dikeluarkan untuk mencari kanak-kanak itu dan mengemukakannya di hadapan Pelindung itu.

(3)

Mana-mana kanak-kanak yang dinamakan atau diperihalkan dalam waran sedemikian boleh buat sementara waktu—

(a)

diletakkan di suatu tempat selamat; atau

(b)

diletakkan dalam jagaan saudaranya atau orang lain yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung, sehingga Pelindung itu telah menyelesaikan siasatannya di bawah

Bab ini.

(4)

Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut tentang—

(a)

hal keadaan dan sebab bagi pengambilan kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1); dan

(b)

kesesuaian orang yang telah mengambil kanak-kanak itu ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.

(5)

Jika, selepas siasatan yang disebut dalam subseksyen (4), difikirkan oleh Pelindung suai manfaat demi kepentingan kanak-kanak itu, dia boleh—

(a)

memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu; atau

(b)

membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.

(6)

Jika pengambilan seseorang kanak-kanak oleh mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (5)(b) tertakluk pada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi terma atau syarat itu, Pelindung, selepas mengambil kira bahawa

Undang-Undang Malaysia 66

meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya, boleh melalui waran di bawah tandatangannya memerintahkan supaya kanak-kanak itu—

(a)

diambil keluar daripada pemeliharaan, jagaan atau kawalan orang itu; dan

(b)

diletakkan—

(i)

dalam pemeliharaan saudaranya atau seorang yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung;

(ii)

di suatu pusat; atau

(iii)

di suatu tempat selamat, sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.

Report

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules