Skip to content

Seksyen 41

Senarai objek, dsb., yang disita

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 41 of 64
Seksyen 41
(1)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada pemunya atau orang yang mengawal atau menjaga premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerja pemunya atau orang itu, di premis itu.