Akta Keselamatan Siber 2024 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian VIII · Penguatkuasaan
51. Kuasa tambahan
Feedback & supportSeorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perkara yang berikut:
menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain dan untuk meneliti, memeriksa dan menyalin apa-apa daripadanya;
Undang-Undang Malaysia 46
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini; dan
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.