Seksyen 47
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
of Akta Keselamatan Siber 2024
ActIn forceProvision 47 of 64
Seksyen 47
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah
Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.