Skip to content

Seksyen 42

Kos memegang objek, dsb., yang disita

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 42 of 64
Seksyen 42

Jika apa-apa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan Persekutuan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang telah disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 854