Seksyen 43
Pelepasan objek, dsb., yang disita
of Akta Keselamatan Siber 2024
Jika apa-apa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan telah disita di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa, boleh pada bila-bila masa, selepas merujuk kepada
Timbalan Pendakwa Raya, melepaskan objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang ditentukannya sebagai berhak secara sah kepada objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu jika dia berpuas hati bahawa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian baik pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, mahupun Kerajaan Persekutuan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada
Timbalan Pendakwa Raya dengan seberapa segera yang boleh praktik.