Akta Keselamatan Siber 2024 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian VIII · Penguatkuasaan
38. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan berhubung dengan apa-apa insiden keselamatan siber di bawah Akta ini.
Keselamatan Siber 37
(2)
Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan dan bukan pengurangan bagi, kuasa yang diperuntukkan di bawah
Akta ini.