Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab II

54. Section 54

Feedback & support
(1)

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah berkaitan, melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi berkaitan.

(2)

Seorang yang dipertuduh dan dipanggil sebagai saksi tidak boleh ditanya, dan jika ditanya tidak dikehendaki menjawab, apa-apa soalan yang cenderung menunjukkan bahawa dia telah melakukan, atau telah disabitkan atau dipertuduh atas apa-apa kesalahan selain kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu, atau adalah berwatak buruk melainkan jika—

(a)

bukti bahawa dia telah melakukan atau disabitkan atas kesalahan lain itu, ialah keterangan boleh terima bagi menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu;

Keterangan 51

(b)

dia sendiri atau melalui peguam belanya telah menyoal saksi bagi pihak pendakwa dengan tujuan hendak membuktikan watak baiknya sendiri, atau telah memberikan keterangan mengenai watak baiknya, atau keadaan atau penjalanan pembelaan adalah sebegitu hingga melibatkan tohmahan atas watak pendakwa atau saksi bagi pihak pendakwa;

atau

(c)

dia telah memberikan keterangan terhadap mana-mana orang lain yang dipertuduh atas kesalahan yang sama.

Huraian 1—Seksyen ini tidak terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2— Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak buruk.

Report

Bahagian II

Pembuktian

Bab III

Bab IV

Bab V

Bab VI

Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh

Bahagian III

Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab VII

Beban Membuktikan

Bab VIII

Estopel

Bab IX

Bab X

Bab XI