Evidence Act 1950 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab II
55. Watak boleh menyentuh ganti rugi
Feedback & supportDalam kes sivil, fakta bahawa watak mana-mana orang adalah sebegitu rupa sehingga boleh menyentuh amaun ganti rugi yang patut diterimanya adalah berkaitan.
Huraian—Dalam seksyen 52, 53, 54 dan 55 perkataan “watak” termasuklah kedua-dua reputasi dan pembawaan; tetapi, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 54, keterangan boleh diberikan hanya mengenai reputasi dan pembawaan yang am sahaja, dan tidak mengenai perbuatan tertentu yang melaluinya reputasi atau pembawaan ditunjukkan.