Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VI · Penguatkuasaan

45. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Feedback & support
(1)

Sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah

Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau

Pegawai Kanan Kastam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh

Konvensyen Senjata Kimia 39

waran geledah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan

Kastam itu boleh masuk ke dalam mana-mana kemudahan, pengangkut atau tempat lain dan menyita apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2

atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jika apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2

atau 3, dan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan segera menghantarserahkan satu salinan yang ditandatanganinya kepada tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan, pengangkut atau tempat lain yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmat tuan punya atau orang itu, di kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu.

(3)

Jika kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di kemudahan, pengangkut atau tempat lain itu.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules