Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
47. Section 47
Feedback & supportSemua senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dipertuduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada orang itu didapati bersalah atau tidak, memerintahkan supaya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita daripada orang itu dimusnahkan.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2
dan 3 itu, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan dan bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
Konvensyen Senjata Kimia 41
Tuntutan di bawah subseksyen (3) hanya boleh dibuat berkenaan dengan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam
Jadual 1, 2 dan 3, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya mana-mana bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, buku, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa bahan kimia toksik, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis kepada pegawai yang menyita mengenai tuntutannya itu.
Apabila notis di bawah subseksyen (5) diterima, pegawai yang menyita hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Sesyen bagi mendapatkan keputusan.
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 dan 3, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan mahkamah itu dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, mahkamah itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan kimia toksik, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya bahan kimia toksik, buku, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan bahan kimia toksik, buku, dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak kepadanya.
Apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang dilucuthakkan atau disifatkan
42 Undang-undang Malaysia AKTA 641
dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pihak Berkuasa
Kebangsaan yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.